"solehah itu cita cita.."
Showing posts with label self-fish.. Show all posts
Showing posts with label self-fish.. Show all posts
March 2, 2012
February 24, 2012
reminder.
kelakarnya rasa..
bila kita boleh sayang sayangkan binatang; tapi tak boleh nak tunjuk sayang kat mak ayah sendiri..
bila kita boleh habiskan duit untuk beli makanan, rumah binatang, bawak pergi klinik bila pet kita sakit; tapi tak sanggup keluarkan duit untuk bayar bil ataupun beli groceries untuk rumah mak ayah kita..
bila kita boleh risaukan pet kita tak makan tak minum, tapi tak pernah risaukan keadaan mak ayah kita kat kampung..
lagi kelakar rasa..
bila kita boleh habiskan ribuan ringgit untuk hobi kita, tapi kedekut dengan mak ayah kita..
bila kita obses dengan hobi kita, tapi tak cuba nak obses dengan mak ayah kita..
bila hari hari ada masa untuk hobi kita, tapi takde masa nak tipon mak ayah kita..
tapi yang memang sumpah kelakar..
bila kita boleh belanja bf/gf tengok wayang, makan, habiskan gaji, tapi sikit pun tak hulur ke mak dan ayah..
bila kita boleh sabar pujuk bf/gf kita bila depa merajuk, tapi tak sabar dengan mak ayah kita.. kenkadang siap tengking lagi..
bila kita sebok canang nak kawen cepat kat mak ayah dengan idaman hati, tapi tak pikir tugas kat mak ayah pun tak selesai lagi (ni untuk lelaki khasnya)..
(ya Allah jauhilah aku dari sifat sifat ini.. aminn)
untunglahhh mereka yang masih beribu dan berbapa.. untung juga mereka yang walau cuma beribu atau berbapa.. untung juga orang yang masih boleh mengenal ibu dan bapa walau tak pernah berjumpa.. buatlah baik pada mereka selagi mereka ada..
percayalah, walau annoying mana pun mak ayah kita suruh buat tu buat ni, tambah bila depa buat decision untuk kita (if you know what i mean); depa hanya nakkan yang terbaik untuk kita.. cuma mak ayah kita pun manusia, kenkadang betuii kenkadang salah, ada masa rasa happy, ada masa rasa down..
p.s:
i dunno why i feel so sensitive when it comes to my mom nowadays. thinking of how my life would be if i lost her is totally driving me half-insane.. pray hard. and harder. and harder.
February 19, 2012
younger me.
bila aku tengok dia, aku rasa macam nampak diri aku 10 tahun yang lalu.. dengan omelan, bebelan, sindiran, kutukan dll ke mak dia depan sedara mara, sangat serupa.. ya Allah, ampunilah dosa dosaku.. terutama pada ibuku, pada ayahku..
terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk menyedari tingkah laku tak bernasku suatu ketika dahulu ya Allah.. berilah aku peluang untuk membalas jasa jasa ibuku yang terlalu banyak padaku.. permudahkanlaah ya Allah.. aminn ya rabbal a'lamin..
aku hanya mahu melihat senyuman itu setiap hari..
February 14, 2012
aku nak kawen.
like seriously jee? you wanna get married now?
takdelahhh.. bukan rezeki aku lagi :) sincerely adela jugak rasa tergugat sikit sikit bila makin lama makin ramai kenkawan tunang/kahwin. ape yang nak ditergugatkan ntah, aku pon tak paham haha. tapi aku tau aku ni masih tak layak nak berbicara perihal kahwin buat masa sekarang. not the right time..
sebabnya? tugas aku sekarang lebih pada membalas jasa mak aku yang da hampir jubli perak anggarannya membesarkan aku. sebab aku sedar sangat, bila kahwin, aku punya tanggungjawab lebih pada suami. sedangkan, mak aku tu sensorang, abang3 semua tak tahu nak harapkan yang mana satu untuk berkawan dengan mak buat masa sekarang. aku doa sangat sangat dikurniakan akak3 ipar yang boleh jaga mak, teman mak andai kata aku takde disisi mak nanti.. ikut kata lain, andai kata aku ni terpaksa ikut suami ke, takpun kot aku ni mati dulu ke, takde sape tau kemungkinan3 ni..
aku pernah bercita cita nak kerja tekun tekun, nak dapat gaji banyak banyak, biar mak hidup senang lenang, takyah nak buat kerja rumah. nak shopping bagai, pergi holiday semua, pergila mak, takpe jee tanggung semua. cewahh kaya sungguh.. nak senangkan hati mak punya pasaiii. syurga bawah telapak kaki ibu.. kalau bukan pun, seorang ibu macam mak memang selayaknya duduk senang lenang setelah berhempas pulas besarkan anak3 yang besar kepala masing3 tak ingat dunia semasa di zaman remaja mereka. i still wish i could be that one person.. mudah3an ya Allah.. aminnn
sebab lain? duet tak cukup lagi.. yeeeee memang aku ni dah pon ditanam dalam pale otak oleh mak aku supaya kalau gatai nak kawen sila kumpul duet sendiri untuk belanja kahwin sendiri. sendiri mau kahwin sendiri punya duet yerrr. yeeeee jugak orang cakap bazir la pe la kenduri mahaii3 semua tapi aku ni ikutlerr kemampuan menyediakan duet semampu mungkin untuk kenduri sendiri.. aku tak paham bila laki cakap pompuan ni senang je tunggu duet laki yang kasi buat kenduri.. oh no no no no no
kalau ikutkan konon la laki bagi 10,000 untuk duet hantaran, itu semua memang untuk kenduri je.. ikutkan aku mengira3 10,000 tu abeh ke catering je kot.. kotla, dependsla korang jempot bape orang.. tak kire lagi kalau ade majlis berinaila (ade catering), majlis nikah (catering lagi).. baru majlis kahwin.. semua baju lain3 walaupon buat sekali, semua makan lain3, semua yang datang tetap nak makan. so 10,000 tu takkan ade lebihla maksudnya.. malahan pihak pompuan still berlebih lebih terpaksa keluarkan jugak duet.. sebabnya lagi satu biasa belah pompuan yang kena meriah.. lelaki sempoi je, takat kenduri kahwin je.. haha ok aku listkan bendalah ni pon aku da jadi pening balik pikir masa depan aku. hurmm..
paling penting sekali..
ilmu rumahtangga aku masih tak cukup.. ilmu jadi isteri solehah, ilmu jadi menantu solehah, ilmu jadi mak solehah, semua serba serbi tak cukup.. grr masa dedolu, kat uia, tuyux selalu cerita bab3 bagi hadiah kat mak sendiri n mentua. tuyux cakap kalau bagi ke mak, kena bagi ke mentua, kalau tak mesti merajuk.. lepastu kalau datang kena bagi buah tangan bagai dll.. memang la benda ni common sense, tapi otak aku ni out of sense, nak kena bitau baru tergagai, kalau tak memang aku buat dunno je. haha nampak la kan betapa ceteknya ilmu aku..
so kesimpulannya, kahwin tu best kalau kita dah bersedia.. doakanlah rezeki jodoh aku sampai tepat pada masanya.. aminn.. sekian
February 13, 2012
ujian itu indah.
ya Allah.. terima kasih
sebelumnya aku risau juga akan nikmat yang Kau beri bertalu talu. risaukan keadaan hati yang terasa senang sentiasa, risaukan ujian bakal menimpa juga menjadi bertimpa timpa. sungguh aku ini hambaMu yang lemah kudratnya..
dan kini..
terima kasih ya Allah.. walau ujian ini boleh tahan stressnya, membuatkan aku menangis saban malam memikirkan hala tuju masa depan aku.. memikirkan keadaan aku yang tak menentu arah hidup.. kini aku hanya mampu berserah padaMu ya Allah.. Engkaulah pemegang takdir manusia, aku percaya setiap yang diatur olehMu itulah yang terbaik untukku..
terima kasih ya Allah..
terima kasih atas ujian ini. walau pada mulanya aku selalu memikirkan kenapa dalam berjuta manusia aku yang terkena, aku akhirnya sedar dan redha dengan rancanganMu untuk hidupku ya Allah.. terima kasih kerana menjentik aku agar tidak lupa dan alpa dengan nikmatMu.. agar sentiasa mensyukuri nikmat dan sabar atas ujian.. segala galanya kerana Kau menyayangi aku hambaMu yang lemah lagi hina.. terima kasih tak terhingga!!!
dengan penuh rendah diri aku memohon padaMu ya Allah.. peganglah hatiku ya Allah.. seperti mana Engkau memegang hati hati hambaMu yang Kau kasihi.. jika Kau uji, sabarkan lah aku ya Allah.. jadikanlah aku merasa cukup dengan rezeki yang Kau beri.. semoga aku tergolong dalam hambaMu yang sentiasa bersyukur.. aminnn.
December 25, 2011
hidup.
hai belogggg.
its been a while since last i wrote in you. asek asek buat doodle tu je, tu pon da lama da tak buat :( alhamdulillah many things happened since then. abang2 aku dapat kerja baru. sekarang memasing nak tunang nak kahwin, baguihlaaa takdela penat aku nak tunggu turn aku :p begitu jua dengan aku yang baru jugak dapat kerja. alhamdulillah~
kerja so far banyak measure je. key in data, kale kale dalam acrobat. btw aku baru tau acrobat tu leh jugak guna untuk measure drawing. haha padahal acrobat tu kan biasa tengok, tapi tak pernah didedahkan benda camtu. kagum kejap masa memula try try tu :) pasal kerja ni, probation period 6 bulan, dan itu adalah sangat lama~ even orang lain biasanya 3bulan je. then bila je baru aku nak dapat merasa gaji betuii aku :| tapi tempat dia ok la, dekat pon dekat dengan umah aku, so naik tren je pergi kerja hari hari. kenkadang rasa, ala buat kat umah pon bole, asalkan online kan skype tu, n windows live mail, n kerja siap, takyah datang opis pon takpe patutnya :| haha but its just in my brain, i cannot let it out haha nanti boss cakap aku ni ikut sekati je, da la orang baru..
yang seronok pasal tempat kerja ni adelah sebab aku kerja dengan my x0xo, farah~ haha. siapa sangka kan kita leh dapat tempat kerja sekali dengan bestfriend kita.. ohhh itu sangat rezekiiiii :) plus ada kak elly jugak, n total pekerja dalam tu hanya 6 orang. so separuh da uia :p bestlaaa, sumorang pon gila gila haha. sepatutnya salah sorang tu kira assistant bos kat situ, tapi dia still kat singapore. minggu depan barula kitorang akan jumpa dia. still tak tau nak expect apa untuk minggu depan, hopefully everything will go well aminnn~ risau gak kalau kita ni tak mencapai macam mana yang dia nak, payah jugak kan..
so that's all coretan pasal kerja yang baru ku dapat, hehe (memang nampak sangatla nak cerita pasal kerja kan). haha doakan yang terbaik aminnn :)
November 12, 2011
aaa..
KERJA? SAMBUNG MASTER? KERJA? DUDUK RUMAH?
i really cant come up with any conclusion. ikut otak aku, kompem la nak keje. tapi mak sibuk cakap tengoklah macam mana. and many many other things membuatkan pada aku baik sambung belaja je daripada melangut tak tentu hala kat rumah ni. daripada sebok membesakan bontot, baik aku buat something berfaedah. at least aku dah start buat something..
sampai bila nak dibazirkan masa yang ada? aku bukan makin muda..
tapi still, aku ni degil degil ikut jugak cakap mak.. (-_-)
July 25, 2011
entah.
aku selalu membayangkan,
kalau aku lahir dalam diri orang lain. kalau nama aku bukan jeihan, mungkin nama fatimah ke gayah ke. mak ayah aku entah siapa siapa. macam mana agaknya kehidupan aku kalau aku ni dilahirkan bukan di malaysia, bukan ber mak ayahkan mak n abah aku, bukan beradik beradikkan adik beradik aku bukan bla bla bla.. macam mana eh?
aku selalu jugak membayangkan,
masa abah meninggal dulu, aku ni boleh hidup ke? aku kena keluar dari sekolah asrama ke? kena masuk rumah anak yatim ke? aku terpisah dengan mak n adik beradik aku yang lain ke? mak aku macam mana? masa depan aku?
selain tu aku ada jugak membayangkan,
masa mak masuk hospital aritu. macam mana kalau aku kehilangan mak? mak pergi dulu dari aku.. aku ni dahla tak independent mane.. macam mana perjalanan hidup seterusnya? aku boleh survive ke? aku nak duduk mana? abang abang aku macam mana?
bila aku fikir fikir..
aku sesungguhnya kena belajar dan sungguh sungguh kena belajar untuk menghargai kehidupan yang cuma sekali Allah bagi. bukan belajar je, aku kena BELAJAR untuk appreciate DAN TUNJUK yang aku appreciate. bukan setakat berkata kata "life is wonderful, we need to be grateful" bukan bukan. i need to be responsible towards Allah, humankind and environment. especially my family, relatives and friends. itu barulah contoh menghargai hidup jee, bukan takat kata kata manesssss yang sok lusa kau pun tak ingat..!
dan sekarang.. sekarang.. aku nampaknya masih dibuai mimpi.
wake up jee! takat longlai longlai gitu semua orang boleh buat!
May 31, 2011
apa ku rasa.
apa kau rasa?
bila kau kunun kunun mengada nak ada contact lens cantik cantik macam orang lain. berkale bagai. lagi lagi yang besarkan anak mata macam orang jepun tu. comelll gilaaaa. yelaaa memang boleh sangat nak mengada menggedik beli bendalah contact lens tu.
tapi tapii tapiii.. apa kau rasa?
bila kau beria ria bebeno la ni nak poie membeli contact lens yang boleh membesarkan anak mata ko dengan harapan kau akan jadi lebih comel. comel? alaa macam gamba bawah niii.
haaa comel tak?
besa gilaa anak mata jadinya. lepastu bila dah terasa comel lalu boleh ber camwhore buat muka extra extra comel macam anak patung, siang malam macam orang gilakkk takde kerja lain nak buat.
tapi..
apalah makna semua tu bila kau dah try pakai contact lens tu, anak mata kau still lagi besar dari contact lens tu. hence, angan angan jela nak buat muka comel sambil bercamwhore. ptuii.
sekian.
May 23, 2011
March 12, 2011
final exam.

jadual final exam sudah kelihatan kelibatnya.
huihui, tak sangka cepat gilaaaa da nak final exam da. banyak jugak gap walaupun kertas exam yang perlu dijawab menimbun nimbun. alhamdulillah for that. and rasa getaran getaran dijiwa makin lama makin terasa.
cuak+sedeh+tensi bercampur campur. rasa nak meloncat+meraung+segala macam me lagi nak buat. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ sabarlah hati, tabah lah diri. kuatkan semangat! sem yang last untuk naikkan pointer!
cuak+sedeh+tensi bercampur campur. rasa nak meloncat+meraung+segala macam me lagi nak buat. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ sabarlah hati, tabah lah diri. kuatkan semangat! sem yang last untuk naikkan pointer!
gambatte gambatte! you can do it!
February 13, 2011
minggu ini.
sabtu pagi bergerak gerak ke zoo untuk voluntary work. pehh bukan main lagi kerja volunteer ni. ingatkan suka suka leh buat kepala, ghopenyer indah kabo dari ghope. hahaha pagi bole la lagi niat ikhlas tu, da masuk petang tu,, dengan kaki krem, sakit, dengan tangan melecet3, mula laa merungut sana sini ): whatever it is memang mencabar sesangat la benda macam ni, jangan laaa mengada nak pegi tanpa niat yang betul.

group ku - sapu sampah kaki lima.
memang muka muka tukang sapu je yang mampu. satu zoo kena sapu! memang mencabar mindaaa. zoo tu bukan kecik, boleh tahan besarnya. tapi paling kelaka bila aliman pegi usek usek singa betina yang tengah puasa hari sabtu. singa tu kejar dia kott! kami kami yang depan mata ketakutan, bertuah punya aliman. kena ngapppp dengan singa macam best je, aliman dah la banyak isik huahuahua :p anyway, jeles dengan group najma + myrah + tuyux, derang pergi bersihkan kandang beruang, bagi beruang makan, bagi memerang makan. comeyyy sangat ): tengok beruang pun aku tak sempat, sebab excited nak tengok penguin haha. yang paling pentinggg, dapat hadiah best. apa dia?jeng jeng jeng~~~~
ooooooooo omg dia memang sangat comeyyyy! dia ada shooting pentah kat zoo. mia sara pun ada, tapi masa kitorang lalu ni dia tengah make up. so dapat ambil gamba lisa je. tak kesahla, sebab paling penting lisa tak kesah nak tangkap gambaaa~ seriously sangat terkeduuu! + bukan senang nak dapat hadiah bergolek camni hehe.
ok end.
p.s :
terima kasihhhh kamu.seminggu yang exhausted, tapi sangat berbaloi + bermakna :]
December 18, 2010
comic fiesta 2010.

comic fiesta; 18 - 19 December 2010
well, frankly ini adalah first time aku pergi comic fiesta. selama ni cuma mampu melihat, memandang dan meng-imaginasikan macam mana la ghopenye comic fiesta tu. so as the first timer, janganla di-geleng-geleng-kepala kan kala diri ini macam extra excited tengok cosplay yang bermacam rupa, gaya serta warna rambut mereka :p seriouslyyyyy aku tak pernah tengok cosplay semeriah ni! meriah macam macam adaaa~
ini adalah bendalah yang kena lekat di pergelangan tangan. bayaran nak masuk RM15. kali ni dia buat di TS, so maybe sebab tempat yang bolehla dikira strategik, ramai gilaaaa manusia berduyun duyun datang ke comic fiesta tu. tssk, memang mad habiss aku masuk comic fiesta tu. penuh! pening kepala kehulu kehilir. tapi sebab nak tengok punye pasal, gagahi juaa~
tak banyak gambar pun, cuma memori dalam otak tu memang almost full sebab best sangat. and i enjoyed myself there (: beberapa keping jela untuk tatapan umum, sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. layann~



terima kasehh berjuta juta lemon kepada inas, kaydee, shazu, laven, irfan, mozac, nirman, suraya dll yang menjayakan sesi gempur comic fiesta. && maw jua aina sebab join makan malam yang penuh dengan peminat bola. enjoy sangat spend time dengan korang (n_n)
p.s;
nama3 tu entahla betoi ke dop ejaan dll. harap dimaafkan andai tersilap dalam pencaturan.
December 15, 2010
lagi lagi.
just a quick post for today.
actually nak ingatkan pada diri sendiri. dapat hadiah lagii, whee~
actually nak ingatkan pada diri sendiri. dapat hadiah lagii, whee~

spesel punyaaa exclusively from londonggg.
"londongg bridge is falling down, falling down, falling down"
nyanyian najma setiap kali masuk bilik aku. kah kah kah
&&
"londongg bridge is falling down, falling down, falling down"
nyanyian najma setiap kali masuk bilik aku. kah kah kah
&&

britney spears midnight fantasy!
belated birthday present maybe? macam tau tau je perfume ku sudaaa kehabisan. juga macam tau tau je aku minat sangat sangat dengan britney teehehe.
thankies kamu kamu kamu. semoga Allah merahmati kamu kamu kamu aminn insyaAllah (:
December 10, 2010
sem baru.

selamat meneruskan langkah.
subjek subjek sem depan. banyak lagi subject reserve. hmm, maksudnya aku terpaksa berlari lari la buka sem nanti, jumpa lecturer sana sini. good luck and all the best cik sunday, monjee, mashijee n baby! haha.
sementara itu, sisa sisa cuti yang ada, usahakanlah sesuatu yang bermanfaat wahai cik sunday. perbaikilah diri sendiri, inner and outer. no one knows how hard you struggle against yourself, so its up to you. tapi.. dah mula berhasil kan sikit sikit? (: continuous improvement is important, remember that. gambatte! n_n
sementara itu, sisa sisa cuti yang ada, usahakanlah sesuatu yang bermanfaat wahai cik sunday. perbaikilah diri sendiri, inner and outer. no one knows how hard you struggle against yourself, so its up to you. tapi.. dah mula berhasil kan sikit sikit? (: continuous improvement is important, remember that. gambatte! n_n
p.s :
December 8, 2010
baru.
comel comel comel. suka sangat dengan rawr ni. banyak gambar tulis "it means i love u", betui ka? macam merapu je, tapi still.. adorable. hmm, will stick to this til bila bila masa yang aku suka. tak buleh nak agak sebab aku memang jenis suka bab3 tukar layout background segala hehe.
lagu "rihanna - what's my name" adalah lagu yang sangat best. suka tengok videoclip dia, sweet tak hengat dunia. tapi lagu ni acoustic version and bukan originally lagu dia. cuma lagu original dia rancak, aku lagi suka yang simple dimple je. i do love simple things (: enjoy~
p.s :
sem baru dah nak mula.. apa perasaan aku tika dan kala ini? hmm
lagu "rihanna - what's my name" adalah lagu yang sangat best. suka tengok videoclip dia, sweet tak hengat dunia. tapi lagu ni acoustic version and bukan originally lagu dia. cuma lagu original dia rancak, aku lagi suka yang simple dimple je. i do love simple things (: enjoy~
p.s :
sem baru dah nak mula.. apa perasaan aku tika dan kala ini? hmm
December 3, 2010
. . .
. K O S O N G .
kau dah berjanji dengan diri sendiri. dan penulisan ni hitam putihnya. walau apa pun terjadi, jangan sesekali kau mungkiri. masa depan kita mungkin tak tahu. tapi ini yang aku percaya aku tahu buat masa sekarang. sebab mungkin.. bukan mungkin, memang.. memang itu yang terbaik untuk diri kau. untuk semua orang.
dan tolonglah.
jangan,
jangan,
JANGAN;
mungkiri janji ini.
tepati sedaya mungkin. sebab aku terlalu sayangkan kau.
jangan,
JANGAN;
mungkiri janji ini.
tepati sedaya mungkin. sebab aku terlalu sayangkan kau.
November 20, 2010
cuticuti.
rinduuuu korang korang! +kak mariah, soriii laaaa gambar u tak dop disini. terlepas moment yang bermakna gituuu :p cuti cuti ni mula laaa rasa nak kehulu ke hilir. tapi pemalas + malas nak dengar mak marah marah, lalu mengurungkan diri di rumah hehe. bila najma nak ajak pegi lowyat ntah?? nak pegi UTM??? (--")
ok abaikan. nexttt~

udang celup tepung alaf baru.
hari ni dalam sejarah pabila udang celup tepung (ini chobaan kali kedua) aku berjaya menjadi cekodok udang! yeyyy! (tepok tepok bulat) tahniah kepada diri sendiri sebab walaupun cekodok udang, tapi maseh sedap+best. tahniah juga sebab da asyik kena bebel di dapo sebab buat benda lintang pukang, semua terbuka lepastu tak geti geti nak kemas balik haha. minta ampun minta maap ibuu, lain kali buat lagi (n_n) bahan bahan? google sudeyhh, mesti jumpa yang berkenan di hati kuikui.
p.s -

jutaan terima kaseh (:
November 5, 2010
bebelan.
rasa nak review balik previous posts yang entah hape hape and will delete some of them. after many things happened, i think that some of the posts macam tak wajar untuk berada disini lagi walaupun kalau ikutkan, tu hak aku la nak tulis apape pun.
tak kisahlah, cuma tak suka just in case ada stalker yang termasuk dalam blog ni & baca the the sort of things & mula buat cerita sendiri.. we never know. kan?
whatever it is, itu hanya mungkin berlaku bila aku ada mase. la ni, memang tak ada masa lagi. one more paper to go, and few assignments need to submit before cuti panjang. harap sangat dapat taaruf, i want to be active and productive again (:
til then.
tak kisahlah, cuma tak suka just in case ada stalker yang termasuk dalam blog ni & baca the the sort of things & mula buat cerita sendiri.. we never know. kan?
whatever it is, itu hanya mungkin berlaku bila aku ada mase. la ni, memang tak ada masa lagi. one more paper to go, and few assignments need to submit before cuti panjang. harap sangat dapat taaruf, i want to be active and productive again (:
til then.
October 17, 2010
pulau pemanggil.
pulau pemanggil, johor.
tak pernah terpikir akan sampai ke pulau yang macam ni. selama ni boleh berangan saje nak pergi tempat macam ni untuk snorkeling. tapi semestinya berangan pergi oversea hehe. pulau pemanggil memang heaven on earth! sangatttttttttttt cantik. laut dia jernih, memang bukan warna hijau macam yang kita biasa nampak kat pd ke, kat tempat2 biasa. ini memang cantik! biru hijau2 sikit, nampak coral dalam dasar walaupun kita masih atas bot. memang sangat sangat cantik! subhanallah!



kami duduk di lanting beach resort. tempat dia best, makanan semua sedap, staff dia pun best dan peramah. view pun cantik menghadap laut. walaupun resort ni tak ada pantai, tapi ada lagoon belah sana sikit. kira kena jalan la, tapi tu tak kesah sebab cantik betul view nya. tapi bilik aku menghadap atap bilik orang depan.. terhalang pemandangan ke laut.. cess (--") lagi satu tak bestnya, tangga dia steep sangat. kadang kadang slippery juga. bahaya la kalau nak bawa budak budak ke sini. memang tidak direcommend.


kerja aku disini makan snorkeling makan snorkeling tdo. heaven nya, tak teringat pada kerja yang menimbun iskk iskk. lagipun disana tak ada benda yang boleh dibuat selain duduk diam diam. malam berkaraoke macam orang gilak, main teka teki, main carom dan lain lain dengan jayanya. masa ni la baru kenal sumorang. baru nampak pe'el masing masing yang sempoi ahaha.



kesimpulan;kami duduk di lanting beach resort. tempat dia best, makanan semua sedap, staff dia pun best dan peramah. view pun cantik menghadap laut. walaupun resort ni tak ada pantai, tapi ada lagoon belah sana sikit. kira kena jalan la, tapi tu tak kesah sebab cantik betul view nya. tapi bilik aku menghadap atap bilik orang depan.. terhalang pemandangan ke laut.. cess (--") lagi satu tak bestnya, tangga dia steep sangat. kadang kadang slippery juga. bahaya la kalau nak bawa budak budak ke sini. memang tidak direcommend.
kerja aku disini makan snorkeling makan snorkeling tdo. heaven nya, tak teringat pada kerja yang menimbun iskk iskk. lagipun disana tak ada benda yang boleh dibuat selain duduk diam diam. malam berkaraoke macam orang gilak, main teka teki, main carom dan lain lain dengan jayanya. masa ni la baru kenal sumorang. baru nampak pe'el masing masing yang sempoi ahaha.
hepi. seronok. sangat best. sekarang kembali ke alam realiti. banyak gila kerja. campur campur final, tak sampai 24 jam untuk jawab exam nanti :((
Subscribe to:
Posts (Atom)







