February 13, 2012

ujian itu indah.

ya Allah.. terima kasih
sebelumnya aku risau juga akan nikmat yang Kau beri bertalu talu. risaukan keadaan hati yang terasa senang sentiasa, risaukan ujian bakal menimpa juga menjadi bertimpa timpa. sungguh aku ini hambaMu yang lemah kudratnya..

dan kini..
terima kasih ya Allah.. walau ujian ini boleh tahan stressnya, membuatkan aku menangis saban malam memikirkan hala tuju masa depan aku.. memikirkan keadaan aku yang tak menentu arah hidup.. kini aku hanya mampu berserah padaMu ya Allah.. Engkaulah pemegang takdir manusia, aku percaya setiap yang diatur olehMu itulah yang terbaik untukku..

terima kasih ya Allah..
terima kasih atas ujian ini. walau pada mulanya aku selalu memikirkan kenapa dalam berjuta manusia aku yang terkena, aku akhirnya sedar dan redha dengan rancanganMu untuk hidupku ya Allah.. terima kasih kerana menjentik aku agar tidak lupa dan alpa dengan nikmatMu.. agar sentiasa mensyukuri nikmat dan sabar atas ujian.. segala galanya kerana Kau menyayangi aku hambaMu yang lemah lagi hina.. terima kasih tak terhingga!!!


dengan penuh rendah diri aku memohon padaMu ya Allah.. peganglah hatiku ya Allah.. seperti mana Engkau memegang hati hati hambaMu yang Kau kasihi.. jika Kau uji, sabarkan lah aku ya Allah.. jadikanlah aku merasa cukup dengan rezeki yang Kau beri.. semoga aku tergolong dalam hambaMu yang sentiasa bersyukur.. aminnn.

No comments: