July 25, 2011

entah.

aku selalu membayangkan,
kalau aku lahir dalam diri orang lain. kalau nama aku bukan jeihan, mungkin nama fatimah ke gayah ke. mak ayah aku entah siapa siapa. macam mana agaknya kehidupan aku kalau aku ni dilahirkan bukan di malaysia, bukan ber mak ayahkan mak n abah aku, bukan beradik beradikkan adik beradik aku bukan bla bla bla.. macam mana eh?


aku selalu jugak membayangkan,
masa abah meninggal dulu, aku ni boleh hidup ke? aku kena keluar dari sekolah asrama ke? kena masuk rumah anak yatim ke? aku terpisah dengan mak n adik beradik aku yang lain ke? mak aku macam mana? masa depan aku?


selain tu aku ada jugak membayangkan,
masa mak masuk hospital aritu. macam mana kalau aku kehilangan mak? mak pergi dulu dari aku.. aku ni dahla tak independent mane.. macam mana perjalanan hidup seterusnya? aku boleh survive ke? aku nak duduk mana? abang abang aku macam mana?


bila aku fikir fikir..
aku sesungguhnya kena belajar dan sungguh sungguh kena belajar untuk menghargai kehidupan yang cuma sekali Allah bagi. bukan belajar je, aku kena BELAJAR untuk appreciate DAN TUNJUK yang aku appreciate. bukan setakat berkata kata "life is wonderful, we need to be grateful" bukan bukan. i need to be responsible towards Allah, humankind and environment. especially my family, relatives and friends. itu barulah contoh menghargai hidup jee, bukan takat kata kata manesssss yang sok lusa kau pun tak ingat..!


dan sekarang.. sekarang.. aku nampaknya masih dibuai mimpi.
wake up jee! takat longlai longlai gitu semua orang boleh buat!

No comments: