February 14, 2012

aku nak kawen.

like seriously jee? you wanna get married now?
takdelahhh.. bukan rezeki aku lagi :) sincerely adela jugak rasa tergugat sikit sikit bila makin lama makin ramai kenkawan tunang/kahwin. ape yang nak ditergugatkan ntah, aku pon tak paham haha. tapi aku tau aku ni masih tak layak nak berbicara perihal kahwin buat masa sekarang. not the right time..

sebabnya? tugas aku sekarang lebih pada membalas jasa mak aku yang da hampir jubli perak anggarannya membesarkan aku. sebab aku sedar sangat, bila kahwin, aku punya tanggungjawab lebih pada suami. sedangkan, mak aku tu sensorang, abang3 semua tak tahu nak harapkan yang mana satu untuk berkawan dengan mak buat masa sekarang. aku doa sangat sangat dikurniakan akak3 ipar yang boleh jaga mak, teman mak andai kata aku takde disisi mak nanti.. ikut kata lain, andai kata aku ni terpaksa ikut suami ke, takpun kot aku ni mati dulu ke, takde sape tau kemungkinan3 ni..

aku pernah bercita cita nak kerja tekun tekun, nak dapat gaji banyak banyak, biar mak hidup senang lenang, takyah nak buat kerja rumah. nak shopping bagai, pergi holiday semua, pergila mak, takpe jee tanggung semua. cewahh kaya sungguh.. nak senangkan hati mak punya pasaiii. syurga bawah telapak kaki ibu.. kalau bukan pun, seorang ibu macam mak memang selayaknya duduk senang lenang setelah berhempas pulas besarkan anak3 yang besar kepala masing3 tak ingat dunia semasa di zaman remaja mereka. i still wish i could be that one person.. mudah3an ya Allah.. aminnn

sebab lain? duet tak cukup lagi.. yeeeee memang aku ni dah pon ditanam dalam pale otak oleh mak aku supaya kalau gatai nak kawen sila kumpul duet sendiri untuk belanja kahwin sendiri. sendiri mau kahwin sendiri punya duet yerrr. yeeeee jugak orang cakap bazir la pe la kenduri mahaii3 semua tapi aku ni ikutlerr kemampuan menyediakan duet semampu mungkin untuk kenduri sendiri.. aku tak paham bila laki cakap pompuan ni senang je tunggu duet laki yang kasi buat kenduri.. oh no no no no no

kalau ikutkan konon la laki bagi 10,000 untuk duet hantaran, itu semua memang untuk kenduri je.. ikutkan aku mengira3 10,000 tu abeh ke catering je kot.. kotla, dependsla korang jempot bape orang.. tak kire lagi kalau ade majlis berinaila (ade catering), majlis nikah (catering lagi).. baru majlis kahwin.. semua baju lain3 walaupon buat sekali, semua makan lain3, semua yang datang tetap nak makan. so 10,000 tu takkan ade lebihla maksudnya.. malahan pihak pompuan still berlebih lebih terpaksa keluarkan jugak duet.. sebabnya lagi satu biasa belah pompuan yang kena meriah.. lelaki sempoi je, takat kenduri kahwin je.. haha ok aku listkan bendalah ni pon aku da jadi pening balik pikir masa depan aku. hurmm..

paling penting sekali..
ilmu rumahtangga aku masih tak cukup.. ilmu jadi isteri solehah, ilmu jadi menantu solehah, ilmu jadi mak solehah, semua serba serbi tak cukup.. grr masa dedolu, kat uia, tuyux selalu cerita bab3 bagi hadiah kat mak sendiri n mentua. tuyux cakap kalau bagi ke mak, kena bagi ke mentua, kalau tak mesti merajuk.. lepastu kalau datang kena bagi buah tangan bagai dll.. memang la benda ni common sense, tapi otak aku ni out of sense, nak kena bitau baru tergagai, kalau tak memang aku buat dunno je. haha nampak la kan betapa ceteknya ilmu aku..

so kesimpulannya, kahwin tu best kalau kita dah bersedia.. doakanlah rezeki jodoh aku sampai tepat pada masanya.. aminn.. sekian

2 comments:

Kaydee said...

haha.. gatai nak kawen ek jee.. hahaha~

xpelah.. sabar je la.. our time will come ye dok? maybe ada hikmah nye kita ni x kawen lg.. mcm ko bleh spend time ngan mak ko.. sementara tu gunekan masa yg ada skrg nak dalami btul2 hal2 kahwin..

*ehem! bajet gila ayat aku*

aku doakan ko kahwin cpt2.. hehee~

sunday said...

hahaha tenkiuuu kd.. doa la kite cepat kawen kd :P kahkahkah