July 26, 2011

10 years.


tiap tiap hari pun ingat dekat beliau.
moga Allah menempatkan Mohd Nor Maidin di kalangan orang yang soleh.
aminnn. Al-fatihah.






argg, sumpah i miss youuuu!

July 25, 2011

entah.

aku selalu membayangkan,
kalau aku lahir dalam diri orang lain. kalau nama aku bukan jeihan, mungkin nama fatimah ke gayah ke. mak ayah aku entah siapa siapa. macam mana agaknya kehidupan aku kalau aku ni dilahirkan bukan di malaysia, bukan ber mak ayahkan mak n abah aku, bukan beradik beradikkan adik beradik aku bukan bla bla bla.. macam mana eh?


aku selalu jugak membayangkan,
masa abah meninggal dulu, aku ni boleh hidup ke? aku kena keluar dari sekolah asrama ke? kena masuk rumah anak yatim ke? aku terpisah dengan mak n adik beradik aku yang lain ke? mak aku macam mana? masa depan aku?


selain tu aku ada jugak membayangkan,
masa mak masuk hospital aritu. macam mana kalau aku kehilangan mak? mak pergi dulu dari aku.. aku ni dahla tak independent mane.. macam mana perjalanan hidup seterusnya? aku boleh survive ke? aku nak duduk mana? abang abang aku macam mana?


bila aku fikir fikir..
aku sesungguhnya kena belajar dan sungguh sungguh kena belajar untuk menghargai kehidupan yang cuma sekali Allah bagi. bukan belajar je, aku kena BELAJAR untuk appreciate DAN TUNJUK yang aku appreciate. bukan setakat berkata kata "life is wonderful, we need to be grateful" bukan bukan. i need to be responsible towards Allah, humankind and environment. especially my family, relatives and friends. itu barulah contoh menghargai hidup jee, bukan takat kata kata manesssss yang sok lusa kau pun tak ingat..!


dan sekarang.. sekarang.. aku nampaknya masih dibuai mimpi.
wake up jee! takat longlai longlai gitu semua orang boleh buat!

July 22, 2011

ya Allah.



ALHAMDULILLAH !
alhamdulillah aku pass civil engineering construction 2. dan sekarang aku officially a graduate! oh menara gading.. aku di puncak menara gading.. ke separuh puncak? master phD semua tu menara gading jugak ke? ke menara daging? eh ape aku merapu ntah.. ish ish.



ya Allah, selama aku bersekolah dulu, ini la aku impikan. orang selalu pesan, belajar rerajin nanti boleh masuk u, dapat kerja hebat hebat, boleh tolong mak ayah bila dah besar.. dan sekaranggg? sekarangg?? aku dah habis u, aku akan dapat genggam ijazah yang aku usahakan sendiri [walau pointer cam haremmpants je]. tapi tu usaha aku yang tak berapa nak usaha, lagi lagi memain je lebih sobsob, serve me right la kan? huuu~ bak kate myrah "kita ni pandai, tapi malaih ja lebihh". aku suka statement ko myrah. aku pandai, tapi malassss! [again, yakinkan perasaan sendiri] takpeeeee yang penting, everything da settle, pak abu da kasi markah, dan itula petanda jodoh aku dan pointerku memang kuat (': dan yang paling paling paling aku tak sabar! wahhhh~ aku seriously tak sangka akan konvo dengan kenkawan aku! akhirnya masa dinanti tu bakal tiba jugakkkk! tskk tskkk terharuuuu~ T___T



serasa baru je masuk matriks; dulu bz dengan segala projek bagai, dengan bilik macam tongkang pecah masa buat projeknya haha. teringat waktu aku, ann dengan najma konker bilik buat projek sampai pa'e kena buat kerja kat bilik ida. aku teringat jugak ann tak tdo dok mengecat projek yang buat kale mono tu. aku spray sane sini kat luar bilik, sampai berbekas jugakla kesan spray kat lantai luar bilik. gila vandalisme :p dulu, selalu terlewat masa presentation sebab tolong kakdzu, xpon sebab terbangun lewat bila najma tak kejut sebab da awal3 pegi studio.. lepas tu masa matriks pon selalu kesana sini dok print drawing, dan bila bosan pegi on9 kat cc. lagi satu lepak aroma makan cikencop, nyumnyumm. shortsem banyak duduk bilik, melepak dengan syuk layan perasaan haha. tu jela kot rutin harian aku. ohh teringat, aku dengan najma tengok cte mygirl pepagi buta sambil kesat ayaq mata. macam harammm weyhhh! hahah!



studio 17.. weehuu!



bila masuk uia, aku da takde projek. aku banyak buat asemen, measurement, tengok tengok site, baca drawing lebih kurang camtula. aku banyak spend masa dengan kenkawan kat bilik, kat blok I safiyyah yang tercinta. seronok sangatttt~ tapi yang tak bestnya aku jadi tak rapat dengan budak budak kelas aku sendiri. aku jadi introvert dalam kelas, padahal aku sebenarnya bukan camtu hahaha. takpeee, yang bestnya kawan kawan perempuan aku bertambah dabel la, sebab kat bilik buat onar :p aku pon aktif aktif la sikit, masuk jadi committee convest la, taaruf la, n kenal la sumoranggg yang aku kenal sekarangg (: tapi masuk uia ni, aku jadi rinduuu nak buat projek, sebab aku memang sukaaaa benda kale kale, benda yang kita kena buat sendiri, teamwork ke. kenape eh aku pilih QS? padahal QS ni takde dalam lipatan otak aku pun sebelum aku masuk matriks. impian aku nak jadi arkitek, aku nak buat rumah untuk mak bila aku da jadi kaye raye, bila aku da banyak duet. tapi malangnya tak jadi arkitek jugak aku ni haha. aku takleh nak design rumah, cuma aku boleh tolong kirakan kos je untuk buat rumah. aku takleh design rumah, tapi aku bole tolong nasihat je barang jenis ape yang elok untuk buat rumah. aku takleh design rumah, aku cuma boleh tolong estimate je harga satu rumah bape hengget. tu je yang aku mampu, huu.



budak budak QS batch aku.. yeehaa!



now, everything dah sampai ke penghujungnya.. zaman universiti dah nak berlalu, tunggu majlis convocation je sekarang. ramai yang da kerja, da start cari duet nak kawenla tolong mak la apentah lagi. yang tinggal hanyalah aku yang tak mulakan selangkah kehadapan lagi. sebab aku nak relek bebetul, kasi otak berkarat dulu, baru kerja. haha boleh kaa camtu? takpeee, lain orang lain caranya. asal kena dengan jiwa n tak kacau orang, its upon ourselves (: kenkawann, tenkiukk atas semuanya! jumpa time konvo tau tauuu! aku eksaiteddd!



p.s :
masa untuk kmpol duhett demi masa depan yang terjamin insyaAllah. teringat najma kate mak ayahnya kawen time stadi kat u dulu.. ma, ko da abeh u da pongg, camane niii? :p

July 20, 2011

rabu dua hari seminggu.

ahaha aku sengal, membuat wordless wednesday pada tuesday. memang nak kena pelempang, hari ape pun dah tak ingat aigoooo. takpelaaaaaaaaaa nak buat cemane da ter post [ter lah sesangatttt]. da da, nak post wordless wednesday lagi. menganggap minggu ni rabu ade dua hari (-___-")



July 19, 2011

July 18, 2011

terkatup.

PERHATIAN - GAMBA SUPER BANYAK DAN TERABUQ.
HUU NI PON AKU RINDU JUGAKKK. JENJALAN, BALING TEPONG, LEPAK WAQEC, SUPPER MCD SAMPAI SUBUH DAN LAIN LAIN. RINDUUU ZAMAN ITU!
















July 16, 2011

ternganga.

PERHATIAN - GAMBA SUPER BANYAK DAN TERABUQ.
SEKADAR MELEMPIASKAN RASA RINDU GILAAAAAAA DENGAN KENANGAN DALAM UIA.



















tunang.

19o62o11.
tarikh tu abang aku yang no 2 tunanggg. haha gila lambat baru nak update. takpela, better late than never kan (; kami sekeluarga ke teluk intan, perak untuk kerja kerja merisik dan bertunang. lepas subuh terus chow sebab nak sampai tol sungkai pukul 9.


3 serangkai racing di pagi hari.
dari kl, viva, myvi dengan gen2 berpadu tenaga ke perak. kami bawak barang barang hantaran, lepas tu pakcik n makcik aku jumpa di tol sungkai sebelum bergerak tugeder geder ke umah tunang abangku. lain lain gamba tengok la. enjoice~



tol sungkai.
sempat kena marah dengan mak n abangku no1, tapi buat dunno sudeyhh~




suasana tengah tegang bila sebab tengah mintak diskaun haha.




alamak goyang pulakkkk.
tengah parkinson tetiba hahaa. gasakla.



hantaran.
buah, makanan kek kek. semua sedappp~




lastly,
moi familiaaa (:

July 13, 2011

July 6, 2011