Showing posts with label wish. mamiii.. Show all posts
Showing posts with label wish. mamiii.. Show all posts

February 24, 2012

reminder.

kelakarnya rasa..
bila kita boleh sayang sayangkan binatang; tapi tak boleh nak tunjuk sayang kat mak ayah sendiri..
bila kita boleh habiskan duit untuk beli makanan, rumah binatang, bawak pergi klinik bila pet kita sakit; tapi tak sanggup keluarkan duit untuk bayar bil ataupun beli groceries untuk rumah mak ayah kita..
bila kita boleh risaukan pet kita tak makan tak minum, tapi tak pernah risaukan keadaan mak ayah kita kat kampung..


lagi kelakar rasa..
bila kita boleh habiskan ribuan ringgit untuk hobi kita, tapi kedekut dengan mak ayah kita..
bila kita obses dengan hobi kita, tapi tak cuba nak obses dengan mak ayah kita..
bila hari hari ada masa untuk hobi kita, tapi takde masa nak tipon mak ayah kita..


tapi yang memang sumpah kelakar..
bila kita boleh belanja bf/gf tengok wayang, makan, habiskan gaji, tapi sikit pun tak hulur ke mak dan ayah..
bila kita boleh sabar pujuk bf/gf kita bila depa merajuk, tapi tak sabar dengan mak ayah kita.. kenkadang siap tengking lagi..
bila kita sebok canang nak kawen cepat kat mak ayah dengan idaman hati, tapi tak pikir tugas kat mak ayah pun tak selesai lagi (ni untuk lelaki khasnya)..


(ya Allah jauhilah aku dari sifat sifat ini.. aminn)


untunglahhh mereka yang masih beribu dan berbapa.. untung juga mereka yang walau cuma beribu atau berbapa.. untung juga orang yang masih boleh mengenal ibu dan bapa walau tak pernah berjumpa.. buatlah baik pada mereka selagi mereka ada..


percayalah, walau annoying mana pun mak ayah kita suruh buat tu buat ni, tambah bila depa buat decision untuk kita (if you know what i mean); depa hanya nakkan yang terbaik untuk kita.. cuma mak ayah kita pun manusia, kenkadang betuii kenkadang salah, ada masa rasa happy, ada masa rasa down..


p.s:
i dunno why i feel so sensitive when it comes to my mom nowadays. thinking of how my life would be if i lost her is totally driving me half-insane.. pray hard. and harder. and harder.

August 30, 2011

Aug 30.

maka dengan ini diisytiharkan raya.
selamat hari raya aidilfitri sumoranggg! moga kita berjaya mendidik diri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dari hari hari semalam. barulah boleh raikan kejayaan tu dengan beraya (: sincerely, aku rasa ramadhan kali ni macam cepat sangat berlalu. but alhamdulillah, ikutkan ramadhan aku kali ni sangat bermakna dan harapnya improved dari tahun tahun lepas. paling penting, moga Allah menerima ibadahku aminnn. next, bulan raya, then bulan konvo. aku setkan diri sendiri sampai konvo je waktu bersuka ria. lepas tu aku dah kena jadi dewasa dan kena jadi betanggungjawab serta bersedia untuk komitmen. masa itu tetap akan sampai walau aku tak berapa nak sukaaaa :(


anyway, 30 ogos juga jatuh pada hari lahir bundaaaa! selamat hari lahir makkk! aku cambese la, mana ade duet nak kasi mak apape. so duet mak dok kasi sebab tolong dia buat kerja ke, belikan barang ke, aku simpan dan kumpul nak belikan something. and i managed to get her ice cream cake yang kecikkk come loteeee dari baskin robins :D dan kad birthday, hee



ice cream chocolate chip, kek dia kek cekelat.
ikutkan memang keciklaaa kek ni, tapi since satu isi umah 4 orang je, so bahagi 4 elok lok la. tu pon cam haruuu je nak mengabehkan haaa. naseb baik tak tamak, kalau tak mesti cam lagi payah nak abehkan hehe. ok gamba mak takde sebab dia tak pakai tudung time ni (-___-)


kepada mak,
jee doakan moga moga mak ditempatkan dikalangan orang orang yang bertaqwa, soleh dan disayangiNya. moga moga Allah kurniakan mak nikmat sehat dari pelbagai penyakit, dan moga moga mak ceria dan hepi selalu. aminnn ya Allah (':


p.s :


koleksi kad raya tahun ni.
terima kasih inas, farah, shira, pyan, kak mariah n akram! (n,n)

May 8, 2011

selamat hari mak. hihi.

ini bundaku. bunda kesayanganku (:
masa kecik kecik dulu, aku rapat dengan abah. aku tak suka mak sebab mak selalu marah marah aku. kuat membebel, kuat mencubit, asyik tahu nak naik angin je. dah la tu, tak bagi aku keluar main sebelum pukul 5, wajib siapkan kerja sekolah sebab dia nak cek. aku nak main bola dengan abang abang aku mak tak kasi. dia belikan patung, dia kata aku kena main dengan anak patung. menangis aku sebab takde kawan kat umah masa kecik kecik. tapi bila abah mengamuk, mak tolong cool down. bila abah marah aku, mak pujuk aku. bila aku nak main dengan kucing, mak yang tolong sorok sorook dari abah. banyaknya pengorbanan mak...


bila aku masuk sekolah menengah, aku jadi rapat dengan mak. banyak barang aku mak yang tolong beli. tetiap minggu datang jenguk aku kat hostel, siap bawak makanan nak pegi berkelah kat kantin. baju pun mak da siap tolong ironkan dari umah sebab masa tu tak pandai iron lagi, haha. lepas tu bila abah dah takde, aku semacam bermusuh dengan mak. aku rasa setiap yang mak suruh aku buat, aku tak suka. i want to live my own life kata omputeh. back then banyak benda berlaku til i realized she just wanted the best for me. naseb baik aku sedar diri lepas tu. aku masuk menengah atas, aku dapat hp mak kasi. tetiap minggu mak still datang jenguk aku. tapi baju takde da, aku da pandai basuh n iron baju sendiri hehe. apape aku nak, mak providekan. aku nak duduk luar, mak kasi. aku nak duduk umah cikgu, mak tolong bayar. aku nak tuisyen, mak tolong settle. banyak sungguh pengorbanan mak...


aku masuk u, mak yang bising kat aku apa yang kena bawak, prosedur itu ini, yuran tu ni jangan lupa bayar, macam macam hal lah. ada masa masa, bila aku balik umah, aku tengok ada kain baru beli. "untuk sape ni mak?" "untuk kaulah, nak buat baju kurung. boleh pakai sampai kerja nanti." ada masa lain, jika aku bercerita kawan kawan aku dah buat baju tu baju ni, mak akan buat dunno je. tapi bila ke kedai mana mana, mak akan cakap "pilihlah. aritu kawan kau ada baju tu, kau pun kenalah ada sama." mak.. jee tak pernah minta pun.. jee bercerita je... bila aku mengadu itu ini, aku sentiasa tahu pandangan mak berbeza dengan aku. tapi entah kenapa aku nak juga bercerita dengan dia.



sekarang,
apa yang aku tahu, aku sudah boleh bergurau senda dengan mak, bergaduh dengan mak, menegur apa apa yang kurasakan tak kena dan menolong mak sebaik mungkin. she's my bestfriend afterall. aku semakin dewasa, dan makku semakin lanjut usianya.




SELAMAT HARI IBU !
semoga segala kebahagiaan, kejayaan, serta kegembiraan menjadi milikmu bunda.
ku harapkan aku akan sentiasa disisinya hingga saat saat tuanya kelak. aku mahu menjadi anak yang berjasa dan berbakti pada bundaku, insyaAllah (:


p.s :

i know we should celebrate our moms everyday. tapi bukan selalu kita nak bercerita panjang lebar pasal kebaikan mak kita melainkan birthday dia kan? apa salahnya bila hari macam ni treat her with something special, belanja makan ke, masakkan untuk dia ke (eceh), belikan hadiah ke, urut3 bahu dia ke. macam aku tengah buat ni. hihi. ailebiu alwez mami!