Showing posts with label tragedi.. Show all posts
Showing posts with label tragedi.. Show all posts

June 9, 2011

takziah.

Allah lebih menyayangi dirinya. semoga Allah menempatkan dirinya dikalangan orang orang yang soleh insyaAllah. takziah kamu, diri ini turut bersedih hati. semoga kamu sekeluarga tabah dan sabar mengharungi dugaanNya. Allah lah sebaik baik perancang.



takziah kepada atok ilani lokman yang kembali ke rahmatullah pagi tadi.
al-fatihah.

January 18, 2011

18 jan 2o11.


reminder for me.
aku terbuka mata. betul betul buka mata. kejadian ni buatkan aku berfikir dua tiga kali. bukan duit, bukan mbebi yang aku fikir. tapi.. apa akan terjadi kalau diorang yang terkena? tersepit, tercampak bagai? ya Allah.. aku tak sanggup menghadapi kalau itulah yang menjadi kenyataan tadi. tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang...




terima kasih atas teguran itu ya Allah.. terima kasih!

January 5, 2011

babai korang.

azim | mus | lani
semua officially da habis belajo. da bole kawen jugakla maksudnya :p congrats korangg, semoga korang dapat kerja baguih2 / sambung belaja kat tempat best3. semoga korang menjadi insan yang berguna pada famili, kawan3 n masyarakat. doakan la perjalanan menuntut ilmu aku yang masih tak berpenghujung [tapi menuntut ilmu memang tak pernah habis kan?] aku mesti rindu gila gila kat korang nanti. lani takmo la rindu, nanti aku bole serang je rumah dia hehe (n_n) aaaaa nak buat trip pegi perak+penanggg!



p.s -
babai! babai! moga semuanya selamat!
aku pon nak mem-babaikan diri. patut aku hepi first time ni, tapi kenapa aku rasa sedeh dan sayu semacam? hmm anda jangan sedeh3. 5 hari je bertahan pleasee (':

December 3, 2010

. . .

. K O S O N G .
kau dah berjanji dengan diri sendiri. dan penulisan ni hitam putihnya. walau apa pun terjadi, jangan sesekali kau mungkiri. masa depan kita mungkin tak tahu. tapi ini yang aku percaya aku tahu buat masa sekarang. sebab mungkin.. bukan mungkin, memang.. memang itu yang terbaik untuk diri kau. untuk semua orang.



dan tolonglah.
jangan,
jangan,


JANGAN;
mungkiri janji ini.

tepati sedaya mungkin. sebab aku terlalu sayangkan kau.


November 29, 2010

nota untuk awak.

nota ni untuk awak.

awak,
saya minta maaf sangat sangat saya tak angkat awak call. macam biasa, saya campak phone entah kemana mana. saya nak reply message awak, tapi saya tak ada kedit. dah lama tak topap. maafkan saya awak.



awak nak tau satu benda tak?
saya sedeh bila baca message awak tadi. awak mesti tengah keseorangan sekarang kan? atau dah tertidur tunggu saya reply message? maafkan saya awak..... saya tak patut biarkan awak berseorangan ketika ini.. maafkan saya....



awak,
kebelakangan ni saya nampak awak happy sedih happy sedih. awak ok tak? saya minta maaf sangat saya tak selalu disisi awak saat awak memerlukan. tapi saya paham.. paham sangat sangat apa awak rasa masa ni. awak tak penat ke? memang penat, saya tahu. tapi awak menguatkan diri sendiri, sebab awak sayang sangat kat dia kan? awak pegang cakap saya kan, "selagi hati sanggup terima, teruskan". awak pun ada cakap prinsip awak, dah alang alang awak bertahan, bertahan sahajalah. saya tau hati awak dah bercarik carik dengan perangai dia, tapi awak nak juga bertahan sebab awak terlalu lalu sayangkan dia.



tapi awak,
sampai bila awak nak buat hati awak macam ni? kawan kawan awak sakit tau tengok awak macam ni. saya ni sakit. sakit hati sakit kepala sakit badan semua semua pikir tentang awak. memang saya support je apape keputusan awak, tapi sampai bila? sampai bila awak nak diperlakukan macam ni awak? suka suka dia je buat macam ni dekat awak.



awak,
selama ni, setiap kali saya buka blog orang tu, saya rasa nak bakar je. bakar siapa? bakar apa? bakar dua dua sekali. bukan orang tu je, tapi dia sekali. saya nak awak paham.. benda ni takkan terjadi kalau orang tu tepuk sebelah tangan awak.. ingat tu, TAKKAN TERJADI KALAU BERTEPUK SEBELAH TANGAN. awak selalu cerita, dia kata, orang tu yang datang terhegeh hegeh, orang tu yang selalu ajak jumpa. yang dia reply message orang tu kenapa awak? awak tau tak agak agak apa yang dia pikir? entah apa plan dia, awak pun tak tau.



awak,
saya tau awak ni setia orangnya. setia sangat. memang saya akui, saya pun tak mampu nak setia macam awak. + awak ada kawan kawan baik awak yang menyokong awak sepenuh hati. awak tau tak, saya sendiri rasa nak tolong maki hamunkan dia untuk awak. awak tau saya mampu nak buat macam tu kan? kenapa saya tak buat? sebab awak.. sebab saya terlalu sayangkan awak. dan awak sayangkan dia, sebab tu saya tak buat. saya risau awak yang kena. walhal kalau ikutkan hati.. hmm.



awak,
seriously saya tak mampu buatkan keputusan untuk awak. tapi saya cuba menjadi good listener untuk awak, cuba bagi pandangan, dan saya hanya mampu sokong walau apapun keputusan awak. awak lebih kenal sayang awak macam mana, bukan saya. awak lebih tau hati budi dia, apa yang dia boleh buat dan tak boleh. tapi tolong.. tolong jangan paksa diri awak untuk jaga hati kawan kawan awak, ataupun dia. tolong buat keputusan untuk diri awak sendiri. untuk hati awak yang dah makin berkecai kecai tu. sayunya.. maafkan saya.. sebab tak dapat tolong awak macam mana awak harapkan.



lastly... saya nak awak tau,
awak tak boleh bersedih sedih. awak tak boleh terlalu tensen. sebab awak kuat. awak tabah. awak kental. awak satu dalam berjuta. lagipun saya juga kenal sayang saya (':




November 27, 2010

insyaAllah.



there will always be something good in every day insyaAllah (':
thinking of what i have been through today.. we can only plan, tapi Allah tetap menentukan segalanya. kaki mak makin bengkak, dua jari dia da nampak macam teggelam & gelap.. ingatkan hari ni datang lagi, boleh la jumpa pakar etc etc. tapi... dia cuma bagi surat, suruh datang hari isnin nanti. pegi klinik pakar, & minta tarikh untuk buat appointment untuk kaki bengkak mak. & lebih mengharukan. tarikh tu maybe 3 4 bulan dari sekarang. 3 4 BULAN? apa da jadi agaknya eh kat kaki mak aku tu? bukannya baru sekali kitorang pegi jumpa doktor. sekali da pegi klinik kesihatan, & da dua kali ke hospital. same thing; tengok tengok, kasi antibiotik.



bukan tak pegi langsung. bukan tak minta tolong refer ke mana mana. aku tau penyakit mak aku dikategorikan biasa biasa; means bukan sakit nak mati da pun. tapi tolonglaaaa, da 3 kali bekal antibiotik, da habis da pun still tak elok elok, ape maksudnya? bukan je tak elok, da makin bengkak nampaknya. aritu jari dia elok, ni da macam terpelosok masuk ke dalam. hishh. tak sanggup tak sanggup.




~Kau lebih mengetahui lelah hatiku.
segala kepayahan ada kesenangan. setiap penyakit ada penawarnya.
aku percaya janjiMu.
.~.~.
hanya mampu berdoa sebanyak mungkin.
moga Allah sembuhkan bengkak mak.
moga mak sehat segar budar cerdas segala.
korang.. tolong doakan sekali eh? thankiess (':






October 20, 2010

final.


Goodluck !
selamat berpesta final examination kepada warga uia sekelian. kepada yang dah nak grad, enjoy your last final exam dalam kampus. kepada orang macam aku, relek saje :) 4 out 5 subjects adalah berderet dan aku tak sanggupppp. ya Allah permudahkanlah segala nya. kuatkan lah semangatku, tingkatkanlah azamku, tajamkanlah pemikiranku, kuatkanlah ingatan ku. aminnnnn.

all the best kawan kawan! gambatte!

September 15, 2010

tragedi.

baru kelmarin aku jumpa atuk.
atuk memang nampak tak sihat,
tapi atuk senyum bila aku salam tangannya
dan atuk senyum jugak sepanjang hari.


walau atuk tak seceria biasa,
dan nampak diam gila,
aku hanya andaikan atuk penat;
malas nak berceloteh.


tapi tanggal 14 September 2010;
atuk terjatuh dari kerusi.
atuk pengsan.
uncle dengan kazen2 angkat atuk ke katil.
uncle call hospital, klinik2 yang uncle tau.
uncle call semua saudara, cerita pasal atuk jatuh kerusi.


tau tau semua saudara da ada di rumah uncle.
dan atuk depan mata aku.
mulut atuk bergerak2, tapi matanya terpejam rapat.
kasihannya atuk.. aku tak dapat bayangkan apa yang atuk tengah hadapi masa tu.


atuk.. atuk nampak apa agaknya..


semua orang andaikan atuk kena strok.
tunggu ambulans menjemput, xter jemput jemput.
last last terpaksa angkut atuk naik van ke tawakkal.


dan 15 September 2010, pukul 1 pagi tadi;
tau tau dah kritikal.
pendarahan dalam otak yang sangat teruk.
doktor kata, blood all over the brain.
operation awal2 da out.


bergenang mata mak.
bergenang mata uncle.
bergenang mata auntie.
bergenang mata aku.



there are only two options;
whether to let him go naturally,
or sambung ke mesen hayat.



kalau kamu,
kamu pilih mana?










dan famili aku,
famili aku pilih mana?