December 29, 2010

Repvblik - Hanya Ingin Kau Tahu.


~.~.~
rasa dekat sangat dengan lagu ni.
walaupun honestly tak berapa paham dengan maksud dia, tapi belasah ajela labuu~ enjoyy (:



p.s:
go go tigerrr! raWrrrr~

December 27, 2010

kad oo kad (update version).

da siap..! quick update.
sooda siap kad yang ditiru. iyeerrr memang tak seghoper, tapi teman dulik hape? cer citer cer citer :p selamat berjuang di medan yang berbeda lepas ni kenkorang (':

December 22, 2010

kad oo kad.

designing and making card(s).
tak design, cuma copy sahaja hehe. aku nak buat kad yang design lebih kurang macam ni,. ni google3 je pun. aku nak buat untuk kawan kawan aku since derang da nak kuar dari uia for good. sedehhh gilaa, tapi aku tak sempat nak tunjuk kesedehan tu dekat derang. lagipun kalau aku tunjuk nanti depa perah-santan kata depa tu penting dalam hidup aku. duhh~ haha


harap harap sempat siap sebab minggu ni dan seterusnya bakal menyaksikan aku tak cukup masa untuk diri sendiri pun )): sempat ke cik sunday? sempat ke? hopefully! ada rejeki adelaaa insyaAllah (n_n)

December 20, 2010

jeram.

tuan rumah.
weekend hari yang bolehla kata sesuai untuk pegi berziarah. oleh sebab itu, sebanyak 2 buah kereta yang bajet comel [memang come lote pongg] telah menyerbu rumah ilani lokman di jeram, selangor. ni second time aku pegi. first time dulu masa raya. besttt~ makan makan macam orang kebuloq tak pernah makan sedap.


sesi mentekedarah.
tengoklaa hidangan hidangan yang banyak tuu. memang heaven nyaaaa! faveret aku; tauhu berlauk. spesel edition khas lani buat untuk kitorang hehe.


choose one.
barisan jejaka jejaka bajet hot yang menyertai sesi menyerbu rumah lani. ni semua bakal bakal engineer && lawyer tersesat sorang. kanan sekali tu adek lani hoho. nak ngorat mereka? sila taip "nak kenal" dan hantar ke @#$%&*^^!%$. opp, sorryyy, sebenarnya semua pemalu [yeke?] (--")



bergambar dengan tuan rumah.
lani yang dua dari kiri. seterusnya mak n ayah n adek dia. shida tukang tangkap gamba, kesiann tak masuk ):



lepas tu pegi jenjalan kat pantai remis, sebab nak tunggu lani ++ aku nak tengok sunsetttt!


sibok sibok tiup buih.







melepak je kerja.



lani pun sampai sampai terus nak tiup buih.
siap bertanding dengan mus, siapa yang boleh tiup buih paling lama. mestilaaa aku bukan pemenang haha! lepas tu kami kami pun ke rumah shida, dan beransur pulang. sangat seronokkk~




lepas ni bila laaa boleh beramai ramai macam ni lagi )):






p.s:



indahnya ciptaan Allah (:

December 18, 2010

comic fiesta 2010.


comic fiesta; 18 - 19 December 2010
well, frankly ini adalah first time aku pergi comic fiesta. selama ni cuma mampu melihat, memandang dan meng-imaginasikan macam mana la ghopenye comic fiesta tu. so as the first timer, janganla di-geleng-geleng-kepala kan kala diri ini macam extra excited tengok cosplay yang bermacam rupa, gaya serta warna rambut mereka :p seriouslyyyyy aku tak pernah tengok cosplay semeriah ni! meriah macam macam adaaa~



"this is your license to madness"
ini adalah bendalah yang kena lekat di pergelangan tangan. bayaran nak masuk RM15. kali ni dia buat di TS, so maybe sebab tempat yang bolehla dikira strategik, ramai gilaaaa manusia berduyun duyun datang ke comic fiesta tu. tssk, memang mad habiss aku masuk comic fiesta tu. penuh! pening kepala kehulu kehilir. tapi sebab nak tengok punye pasal, gagahi juaa~



tak banyak gambar pun, cuma memori dalam otak tu memang almost full sebab best sangat. and i enjoyed myself there (: beberapa keping jela untuk tatapan umum, sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. layann~










thankiess kamu.
terima kasehh berjuta juta lemon kepada inas, kaydee, shazu, laven, irfan, mozac, nirman, suraya dll yang menjayakan sesi gempur comic fiesta. && maw jua aina sebab join makan malam yang penuh dengan peminat bola. enjoy sangat spend time dengan korang (n_n)




p.s;
nama3 tu entahla betoi ke dop ejaan dll. harap dimaafkan andai tersilap dalam pencaturan.

December 15, 2010

lagi lagi.

just a quick post for today.
actually nak ingatkan pada diri sendiri. dapat hadiah lagii, whee~




spesel punyaaa exclusively from londonggg.
"londongg bridge is falling down, falling down, falling down"
nyanyian najma setiap kali masuk bilik aku. kah kah kah



&&



britney spears midnight fantasy!
belated birthday present maybe? macam tau tau je perfume ku sudaaa kehabisan. juga macam tau tau je aku minat sangat sangat dengan britney teehehe.


thankies kamu kamu kamu. semoga Allah merahmati kamu kamu kamu aminn insyaAllah (:

December 12, 2010

happy birthday.

11.12.1947 - 26.7.2001
selamat ulangtahun ke 63 abah. abah, ingat lagi tak surat cinta abah kasi ni? jee simpan lagi tau, hehe. walau sehelai, bermakna sangat untuk jee. rindunya masa masa tu..

walau abah da lama pergi, jee still teringat semua benda. jee da la lagi rapat dengan abah dari mak.. tapi semua ni macam.. baru semalam abah pergi. dan saat tu lah jee mula jadi bukan sepatutnya. jee taknak balik rumah, jee lawan cakap mak, sampai mak pernah cakap jee nak jadi anak derhaka ke.. jee rasa macam taknak balik rumah langsung. sedih sangat masa tu, asyik membayangkan macam mana lah kalau abah ada lagi. mesti happy je kan? but life wouldnt be the same anymore..

abah, jee nak minta maaf sebab jee tak jadi macam yang abah harapkan. jee terleka dengan dunia! jee tahu abah mesti marah jee kalau abah masih ada sekarang ni.. masa terus berlalu, dan jee tau jee takkan boleh jadi macam yang abah harapkan... tapi percayalah abah, jee sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik. sebab jee tak mahu abah dengan mak disoal macam macam disana nanti. jee sayang abah.. sayang mak. jee sentiasa berusaha menjadi anak kebanggaan abah dan mak. abah doa doakan lah jee eh?

selamat hari lahir abah. semoga Allah tempatkan abah disamping mereka yang beriman dan beramal soleh. disamping orang orang yang disayangi dan diredhaiNya sepanjang kehidupan mereka di dunia. jee sayang abah.. sangat sangat,



Al-fatihah.

December 10, 2010

sem baru.



selamat meneruskan langkah.
subjek subjek sem depan. banyak lagi subject reserve. hmm, maksudnya aku terpaksa berlari lari la buka sem nanti, jumpa lecturer sana sini. good luck and all the best cik sunday, monjee, mashijee n baby! haha.


sementara itu, sisa sisa cuti yang ada, usahakanlah sesuatu yang bermanfaat wahai cik sunday. perbaikilah diri sendiri, inner and outer. no one knows how hard you struggle against yourself, so its up to you. tapi.. dah mula berhasil kan sikit sikit? (: continuous improvement is important, remember that. gambatte! n_n




p.s :

servis si m-bebi kesayangan.
sambil tunggu, asyikla pulops melayan cerita indon kat astro ria. cerita pasal pentah, tapi adorable la jugak irwansyah dalam cerita tu hehe. now, m-bebi pun dah bersedia untuk menongkah arus. dengan kuasa kudaaa! aribba aribba!

taggy.


been tagged by everdearest felly. che-che-check it out!

- . - . -

1. 3 names I goes by
|| woi ko ||
|| haii sayang [euu?] ||
|| eh.. eh ko. eh eh ||


2. 3 jobs I have had
|| kFc ||
|| 19o1 ||
|| trainee [practical thingy] ||


3. 3 places I have lived
|| ampang hilir ||
|| setiawangsa ||
|| err, i wish i can work far from kl later on (-_-) ||


4. 3 favourite drinks
|| sirap ||
|| milo ais ||
|| soya ||


5. 3 tv shows I watch
|| Gossip Girl ||
|| CSI ||
|| Pretty Little Liars ||


6. 3 places I have been
|| abroad? none ): but in short time yes insyaAllah (n_n) ||


7. 3 places I would like to visit
|| Makkah ||
|| UK ||
|| Korea.. hihi ||
|| pantai-pantai tercantik didunia.. woots ||


8. 3 favourite old tv shows
|| Charmed. selalu tengok sesame dengan fie n fell. hihi ||
|| Cardcaptor Sakura, Akazukin Chacha ||
|| Popeye ||


9. 3 favourite dishes
||ayam ayam ayam ||
|| udang celop tepongg ||
|| western western sikit i loike! ||


10. 3 make up product I can't live without
|| bedak ||
|| lipbalm ||
|| ?? ||


11. 3 things I'm looking forward to
|| buka sem.. ||
|| Genting! ||
|| Jeram! ||


- . - . -


ni saat saat best ni. nak tag!
farah | minmi | fuadarman | ras



p.s :
nak cerita pasal persediaan buka sem. tapi post lainla kalau rajin.



December 8, 2010

baru.

background bertema - "RAWRRRRRR!"
comel comel comel. suka sangat dengan rawr ni. banyak gambar tulis "it means i love u", betui ka? macam merapu je, tapi still.. adorable. hmm, will stick to this til bila bila masa yang aku suka. tak buleh nak agak sebab aku memang jenis suka bab3 tukar layout background segala hehe.


lagu "rihanna - what's my name" adalah lagu yang sangat best. suka tengok videoclip dia, sweet tak hengat dunia. tapi lagu ni acoustic version and bukan originally lagu dia. cuma lagu original dia rancak, aku lagi suka yang simple dimple je. i do love simple things (: enjoy~




p.s :
sem baru dah nak mula.. apa perasaan aku tika dan kala ini? hmm


December 7, 2010


December 6, 2010

maal hijrah.

selamat menyambut 1 muharam 1432H buat umat Islam seluruhnya.
semoga dilimpahi rahmat dan keberkatan dariNya untuk setahun lagi. ampun maaf segala dosa ye kawan kawan? i love you guys so much. moga setahun lagi kita tempuhi dengan mensyukuri nikmat tak terhingga dariNya, dan menggunakan kenikmatan itu sebaik baiknya aminnnn insyaAllah (:





December 5, 2010

autodesk.


goodluck my dearest papa, fuadarman and his team, JUARA (n_n)
6hb-11hb beliau akan berkampung di cyberjaya untuk Autodesk PANORAMA Design Challenge. haha kesian, tahun lepas buat kat luar Malaysia, tahun ni kenapa entah buat di Malaysia je. tak ada rezeki nak berjalan jauh la tu. tapi takpe, ade swimming pool kot. boleh lepas geram keh3 :p


sebelum ni, team beliau menang dalam Autodesk Malaysia Design Competition 2010. dan atas sebab itu team beliau diberi peluang untuk masuk Autodesk PANORAMA Design Challenge. yang Malaysia Competition tu macam peringkat kebangsaan lebih kurang, nak pilih siapa yang layak jadi wakil Malaysia untuk ke peringkat seterusnya. alhamdulillah group beliau menang tempat pertama dan maka layaklah team beliau untuk ke cyberjayaa~





Autodesk Malaysia Design Competition 2010.
manufacturing and product : advanced.
lagi lagi informasi please pleaseee click HERE.


Autodesk PANORAMA Design Competition (wakil Malaysia)
Category: Innovation and Design.


- . - . -

oleh itu,
usaha+usaha+usaha+doa+doa+doa+tawakal = kejayaan aminn.
chaiyok chaiyokkk JUARA, you can do it!



p.s - thanks for the further information [from his blog && hikarikamiya's blog]


psst.. nama group memang JUARA kan? :p good luck and all the best! im so proud of you..
[sebelum sebelum ni proud jugak, tapi kali ni menjulang julang proudnya keh3]



December 3, 2010

. . .

. K O S O N G .
kau dah berjanji dengan diri sendiri. dan penulisan ni hitam putihnya. walau apa pun terjadi, jangan sesekali kau mungkiri. masa depan kita mungkin tak tahu. tapi ini yang aku percaya aku tahu buat masa sekarang. sebab mungkin.. bukan mungkin, memang.. memang itu yang terbaik untuk diri kau. untuk semua orang.



dan tolonglah.
jangan,
jangan,


JANGAN;
mungkiri janji ini.

tepati sedaya mungkin. sebab aku terlalu sayangkan kau.


December 1, 2010

tag. whee

CAUTION!
entri kali ni panjang. sebab campur gaulkan semua dalam satu hahaha.



tag from dearest felly.
im about to write 25 random facts about me. hehe tak kena tag pun dengan beliau, tapi sebab rasa nak buat tambah tambah aku memang suka buat tag, jadi.. sila kanlah cik sunday (:

:: lahir 7oct.
:: final year student [insyaAllah], major Quantity Surveying.
:: tinggal di Taman Setiawangsa.
:: abah nama Mohd Nor, mak Hasnah.
:: adik beradik ada 4.

:: suka makan ayam.
:: suka VANILLA.
:: suka warna biru.
:: suka menggedik depan kawan kawan
[i'm quite sure my bestfriends totally agree on this!]

:: suka suka sukaaa.. aa.. hikhik

:: tak suka sayur.
:: tak suka benci orang.
:: tak suka being awkward n pathetic.
:: tak suka the bad side of me.
:: tak suka perasaan bila ketinggalan.


\\ suka tangkap gambar, edit gambar ikut suka hati aku.
\\ suka buang masa lalala~
\\ ok sekarang aku da minat sikit3 nak bermekap, baju bagai, hasil kerja hany waaa
\\ mak aku selalu bebel, tapi last3 dia pun terikut juga wawawaa :p
\\ pengakuan berani mati: AKU SUKA HELLO KITTY (>,<)

\\ my mind and body dont seem to be a good team sobsob.
\\ happiness is what i want people to see and feel inside me.
\\ im willing to fight for the things that are worth to fight for.
\\ i love making friends eventhough im not good in starting a good conversation.
\\ i love my bestfriends! we may fight, argue etc, but in our heart we are one.



ok ini habis sudaa. aku nak tagggg..~
. zinnia . leameera . farah . parkminmi . fuadarman .

NEXT~

long lost bestfriends!
it's like a dream become reality. waaa~ it's been almost 10 years since last jumpa mereka. last masa sekolah rendah! azwin ada juga lahh terserempak di KL, tapi anuar memang tak jumpa langsung sebab dia pindah penang lepas habis sekolah rendah. sekolah pun disana. memang havoc masa jumpa semalam. hehe, terasa waktu yang berlalu tu macam baru semalam terjadi. sekolah rendah~ what do you expect? budak budak hingusan yang tatau apape je hahahaha. azwin.. anuar.. friends forever eh? kawen jangan lupa antar kaddd~ :D

November 29, 2010

nota untuk awak.

nota ni untuk awak.

awak,
saya minta maaf sangat sangat saya tak angkat awak call. macam biasa, saya campak phone entah kemana mana. saya nak reply message awak, tapi saya tak ada kedit. dah lama tak topap. maafkan saya awak.



awak nak tau satu benda tak?
saya sedeh bila baca message awak tadi. awak mesti tengah keseorangan sekarang kan? atau dah tertidur tunggu saya reply message? maafkan saya awak..... saya tak patut biarkan awak berseorangan ketika ini.. maafkan saya....



awak,
kebelakangan ni saya nampak awak happy sedih happy sedih. awak ok tak? saya minta maaf sangat saya tak selalu disisi awak saat awak memerlukan. tapi saya paham.. paham sangat sangat apa awak rasa masa ni. awak tak penat ke? memang penat, saya tahu. tapi awak menguatkan diri sendiri, sebab awak sayang sangat kat dia kan? awak pegang cakap saya kan, "selagi hati sanggup terima, teruskan". awak pun ada cakap prinsip awak, dah alang alang awak bertahan, bertahan sahajalah. saya tau hati awak dah bercarik carik dengan perangai dia, tapi awak nak juga bertahan sebab awak terlalu lalu sayangkan dia.



tapi awak,
sampai bila awak nak buat hati awak macam ni? kawan kawan awak sakit tau tengok awak macam ni. saya ni sakit. sakit hati sakit kepala sakit badan semua semua pikir tentang awak. memang saya support je apape keputusan awak, tapi sampai bila? sampai bila awak nak diperlakukan macam ni awak? suka suka dia je buat macam ni dekat awak.



awak,
selama ni, setiap kali saya buka blog orang tu, saya rasa nak bakar je. bakar siapa? bakar apa? bakar dua dua sekali. bukan orang tu je, tapi dia sekali. saya nak awak paham.. benda ni takkan terjadi kalau orang tu tepuk sebelah tangan awak.. ingat tu, TAKKAN TERJADI KALAU BERTEPUK SEBELAH TANGAN. awak selalu cerita, dia kata, orang tu yang datang terhegeh hegeh, orang tu yang selalu ajak jumpa. yang dia reply message orang tu kenapa awak? awak tau tak agak agak apa yang dia pikir? entah apa plan dia, awak pun tak tau.



awak,
saya tau awak ni setia orangnya. setia sangat. memang saya akui, saya pun tak mampu nak setia macam awak. + awak ada kawan kawan baik awak yang menyokong awak sepenuh hati. awak tau tak, saya sendiri rasa nak tolong maki hamunkan dia untuk awak. awak tau saya mampu nak buat macam tu kan? kenapa saya tak buat? sebab awak.. sebab saya terlalu sayangkan awak. dan awak sayangkan dia, sebab tu saya tak buat. saya risau awak yang kena. walhal kalau ikutkan hati.. hmm.



awak,
seriously saya tak mampu buatkan keputusan untuk awak. tapi saya cuba menjadi good listener untuk awak, cuba bagi pandangan, dan saya hanya mampu sokong walau apapun keputusan awak. awak lebih kenal sayang awak macam mana, bukan saya. awak lebih tau hati budi dia, apa yang dia boleh buat dan tak boleh. tapi tolong.. tolong jangan paksa diri awak untuk jaga hati kawan kawan awak, ataupun dia. tolong buat keputusan untuk diri awak sendiri. untuk hati awak yang dah makin berkecai kecai tu. sayunya.. maafkan saya.. sebab tak dapat tolong awak macam mana awak harapkan.



lastly... saya nak awak tau,
awak tak boleh bersedih sedih. awak tak boleh terlalu tensen. sebab awak kuat. awak tabah. awak kental. awak satu dalam berjuta. lagipun saya juga kenal sayang saya (':




November 28, 2010

aslyn.



aslyn - that's when i love you.
"nothing you do can change my mind. the more i learn, the more i love.
&& i love you no matter what"



lagu ni fain tujukan ke aul. sweet sangattt~ && the lyrics are quite fascinating. It's like, how you overlook a persons flaws because you are deeply madly in love. teehee. enjoyy < 3


November 27, 2010

insyaAllah.



there will always be something good in every day insyaAllah (':
thinking of what i have been through today.. we can only plan, tapi Allah tetap menentukan segalanya. kaki mak makin bengkak, dua jari dia da nampak macam teggelam & gelap.. ingatkan hari ni datang lagi, boleh la jumpa pakar etc etc. tapi... dia cuma bagi surat, suruh datang hari isnin nanti. pegi klinik pakar, & minta tarikh untuk buat appointment untuk kaki bengkak mak. & lebih mengharukan. tarikh tu maybe 3 4 bulan dari sekarang. 3 4 BULAN? apa da jadi agaknya eh kat kaki mak aku tu? bukannya baru sekali kitorang pegi jumpa doktor. sekali da pegi klinik kesihatan, & da dua kali ke hospital. same thing; tengok tengok, kasi antibiotik.



bukan tak pegi langsung. bukan tak minta tolong refer ke mana mana. aku tau penyakit mak aku dikategorikan biasa biasa; means bukan sakit nak mati da pun. tapi tolonglaaaa, da 3 kali bekal antibiotik, da habis da pun still tak elok elok, ape maksudnya? bukan je tak elok, da makin bengkak nampaknya. aritu jari dia elok, ni da macam terpelosok masuk ke dalam. hishh. tak sanggup tak sanggup.




~Kau lebih mengetahui lelah hatiku.
segala kepayahan ada kesenangan. setiap penyakit ada penawarnya.
aku percaya janjiMu.
.~.~.
hanya mampu berdoa sebanyak mungkin.
moga Allah sembuhkan bengkak mak.
moga mak sehat segar budar cerdas segala.
korang.. tolong doakan sekali eh? thankiess (':






November 22, 2010

#4


korek korek dalam tumblr orang,
terjumpa pula kata kata yang super berhikmah ni. opp, tiada kaitan dengan yang hidup, tak hidup, bukan hidupan dan bukan berkehidupan ye. but nice shot anyways, haha. (:




.

November 20, 2010

cuticuti.


i miss my besties :((
rinduuuu korang korang! +kak mariah, soriii laaaa gambar u tak dop disini. terlepas moment yang bermakna gituuu :p cuti cuti ni mula laaa rasa nak kehulu ke hilir. tapi pemalas + malas nak dengar mak marah marah, lalu mengurungkan diri di rumah hehe. bila najma nak ajak pegi lowyat ntah?? nak pegi UTM??? (--")



ok abaikan. nexttt~






udang celup tepung alaf baru.
hari ni dalam sejarah pabila udang celup tepung (ini chobaan kali kedua) aku berjaya menjadi cekodok udang! yeyyy! (tepok tepok bulat) tahniah kepada diri sendiri sebab walaupun cekodok udang, tapi maseh sedap+best. tahniah juga sebab da asyik kena bebel di dapo sebab buat benda lintang pukang, semua terbuka lepastu tak geti geti nak kemas balik haha. minta ampun minta maap ibuu, lain kali buat lagi (n_n) bahan bahan? google sudeyhh, mesti jumpa yang berkenan di hati kuikui.



p.s -



jutaan terima kaseh (:

November 18, 2010

#3

November 16, 2010

ho ho holiday.


here it comes again :D
holiday telah bermula bagi kanak kanak ribena di iium. selamat bercuti everyone! cuti kali ni macam lebih lama dari biasa. so as for me myself, hang out di rumah saja lah, jaga mak dll. mak bukan sihat sangat semenjak dua ni, kaki dia pun nampak macam bengkak :( tak apa, tu nanti cerita di post lain.



sekarang, cuti bakal dipenuhi dengan aktiviti2 kurang bernas. contoh? tidur, kroh3, zzZ~, makan makan makan, tidur balik? hahaha. fokus jee fokus! dissertation belum ada tajuk. haishh, macam mana ni?? need to work on this. lagiii, nak pergi buat paspot. pun entah bila? lagiii? tu sahaja buat masa ni. lain lain need to brainstorm.



kesempatan ni nak wish laa. buat XOXOS and friends, cuti cuti thesis jangan lupe woii. nanti aku nak sikit idea :p lepastu, selamat habis belajar buat ILANI, semoga kita akan berjumpa lagi insyaAllah. baru sekejap cuma, aku sudah merindui kamu :( kepada FUAD, AZIM && MUSTAQIM, selamat beraya dengan fyp hehe.




dan kepada kamu,
mungkin diri ini tak wish di handphone. tapi..
selamat hari raya aidil adha kamu :]

November 11, 2010

robot.



quadruped walking robot.
ni adelah final year project (fyp) budak budak mechatronic engineering, azim and mus. robot ni sangat comel !! video ni di ambil mase aku tengok dulu, dia baru pandai gerak gerak camtu je. sekarang da pandai goyang goyang badan dia, siap boleh ikut rentak sorry sorry lagu super junior tu (azim&mus, 2010).


eh aku ade cakap tak robot ni sebenarnye kucing? hahahha mule mule aku pun terpikir, kucing ke ni? tak ape, tak nampak macam kucing pun tak pe, janji function kan? hahaha aku xsabar nak tengok hasil dia nanti. mesti sangat sangat comel. kalau tambah suara, lepas tu badan dia buatla comel comel lepas tu boleh gesel gesel dekat orang, mesti superb! (macam da jadi projek aku pulops).


apape pun enjoy la tengok video tu. maapla kalau ade suare suare sengal kedengaran. mereka memang sengalness~ hehe :)

November 10, 2010

merdekaa.


final of the finals.
pagi ni exam last untuk sem pertama tahun keempat pengajianku. wahhh~ 2010 berlalu dengan pantas gila, mengalahkan kelajuan cahaya yang aku belajar selama ni [ok ni tipu]. goodluck kepada semua kanak kanak QS, mari berentap woii! opp kepada yang amek property tu, belum lagi merdeka yekk. sabau3, lepas tu joli katak sebulan, yippieee~




hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang ~ ♬ ♪
:">

November 7, 2010

#2





"when life screws you, screw your faith to Allah and everything will be just fine"
just chill okie? goodluck on your very last paper.
i know you will do just fine
<3



November 5, 2010

# 1.

jangan hairan bila kamu rasa dunia umpama neraka.
kamu sendiri mengaku cinta Dia,
padahal itu hanya pada indahnya kata-kata.

T_______T

bebelan.

rasa nak mendelete.
rasa nak review balik previous posts yang entah hape hape and will delete some of them. after many things happened, i think that some of the posts macam tak wajar untuk berada disini lagi walaupun kalau ikutkan, tu hak aku la nak tulis apape pun.


tak kisahlah, cuma tak suka just in case ada stalker yang termasuk dalam blog ni & baca the the sort of things & mula buat cerita sendiri.. we never know. kan?



whatever it is, itu hanya mungkin berlaku bila aku ada mase. la ni, memang tak ada masa lagi. one more paper to go, and few assignments need to submit before cuti panjang. harap sangat dapat taaruf, i want to be active and productive again (:


til then.

October 20, 2010

final.


Goodluck !
selamat berpesta final examination kepada warga uia sekelian. kepada yang dah nak grad, enjoy your last final exam dalam kampus. kepada orang macam aku, relek saje :) 4 out 5 subjects adalah berderet dan aku tak sanggupppp. ya Allah permudahkanlah segala nya. kuatkan lah semangatku, tingkatkanlah azamku, tajamkanlah pemikiranku, kuatkanlah ingatan ku. aminnnnn.

all the best kawan kawan! gambatte!

October 17, 2010

pulau pemanggil.


pulau pemanggil, johor.
tak pernah terpikir akan sampai ke pulau yang macam ni. selama ni boleh berangan saje nak pergi tempat macam ni untuk snorkeling. tapi semestinya berangan pergi oversea hehe. pulau pemanggil memang heaven on earth! sangatttttttttttt cantik. laut dia jernih, memang bukan warna hijau macam yang kita biasa nampak kat pd ke, kat tempat2 biasa. ini memang cantik! biru hijau2 sikit, nampak coral dalam dasar walaupun kita masih atas bot. memang sangat sangat cantik! subhanallah!






kami duduk di lanting beach resort. tempat dia best, makanan semua sedap, staff dia pun best dan peramah. view pun cantik menghadap laut. walaupun resort ni tak ada pantai, tapi ada lagoon belah sana sikit. kira kena jalan la, tapi tu tak kesah sebab cantik betul view nya. tapi bilik aku menghadap atap bilik orang depan.. terhalang pemandangan ke laut.. cess (--") lagi satu tak bestnya, tangga dia steep sangat. kadang kadang slippery juga. bahaya la kalau nak bawa budak budak ke sini. memang tidak direcommend.




kerja aku disini makan snorkeling makan snorkeling tdo. heaven nya, tak teringat pada kerja yang menimbun iskk iskk. lagipun disana tak ada benda yang boleh dibuat selain duduk diam diam. malam berkaraoke macam orang gilak, main teka teki, main carom dan lain lain dengan jayanya. masa ni la baru kenal sumorang. baru nampak pe'el masing masing yang sempoi ahaha.






kesimpulan;
hepi. seronok. sangat best. sekarang kembali ke alam realiti. banyak gila kerja. campur campur final, tak sampai 24 jam untuk jawab exam nanti :((