November 29, 2010

nota untuk awak.

nota ni untuk awak.

awak,
saya minta maaf sangat sangat saya tak angkat awak call. macam biasa, saya campak phone entah kemana mana. saya nak reply message awak, tapi saya tak ada kedit. dah lama tak topap. maafkan saya awak.



awak nak tau satu benda tak?
saya sedeh bila baca message awak tadi. awak mesti tengah keseorangan sekarang kan? atau dah tertidur tunggu saya reply message? maafkan saya awak..... saya tak patut biarkan awak berseorangan ketika ini.. maafkan saya....



awak,
kebelakangan ni saya nampak awak happy sedih happy sedih. awak ok tak? saya minta maaf sangat saya tak selalu disisi awak saat awak memerlukan. tapi saya paham.. paham sangat sangat apa awak rasa masa ni. awak tak penat ke? memang penat, saya tahu. tapi awak menguatkan diri sendiri, sebab awak sayang sangat kat dia kan? awak pegang cakap saya kan, "selagi hati sanggup terima, teruskan". awak pun ada cakap prinsip awak, dah alang alang awak bertahan, bertahan sahajalah. saya tau hati awak dah bercarik carik dengan perangai dia, tapi awak nak juga bertahan sebab awak terlalu lalu sayangkan dia.



tapi awak,
sampai bila awak nak buat hati awak macam ni? kawan kawan awak sakit tau tengok awak macam ni. saya ni sakit. sakit hati sakit kepala sakit badan semua semua pikir tentang awak. memang saya support je apape keputusan awak, tapi sampai bila? sampai bila awak nak diperlakukan macam ni awak? suka suka dia je buat macam ni dekat awak.



awak,
selama ni, setiap kali saya buka blog orang tu, saya rasa nak bakar je. bakar siapa? bakar apa? bakar dua dua sekali. bukan orang tu je, tapi dia sekali. saya nak awak paham.. benda ni takkan terjadi kalau orang tu tepuk sebelah tangan awak.. ingat tu, TAKKAN TERJADI KALAU BERTEPUK SEBELAH TANGAN. awak selalu cerita, dia kata, orang tu yang datang terhegeh hegeh, orang tu yang selalu ajak jumpa. yang dia reply message orang tu kenapa awak? awak tau tak agak agak apa yang dia pikir? entah apa plan dia, awak pun tak tau.



awak,
saya tau awak ni setia orangnya. setia sangat. memang saya akui, saya pun tak mampu nak setia macam awak. + awak ada kawan kawan baik awak yang menyokong awak sepenuh hati. awak tau tak, saya sendiri rasa nak tolong maki hamunkan dia untuk awak. awak tau saya mampu nak buat macam tu kan? kenapa saya tak buat? sebab awak.. sebab saya terlalu sayangkan awak. dan awak sayangkan dia, sebab tu saya tak buat. saya risau awak yang kena. walhal kalau ikutkan hati.. hmm.



awak,
seriously saya tak mampu buatkan keputusan untuk awak. tapi saya cuba menjadi good listener untuk awak, cuba bagi pandangan, dan saya hanya mampu sokong walau apapun keputusan awak. awak lebih kenal sayang awak macam mana, bukan saya. awak lebih tau hati budi dia, apa yang dia boleh buat dan tak boleh. tapi tolong.. tolong jangan paksa diri awak untuk jaga hati kawan kawan awak, ataupun dia. tolong buat keputusan untuk diri awak sendiri. untuk hati awak yang dah makin berkecai kecai tu. sayunya.. maafkan saya.. sebab tak dapat tolong awak macam mana awak harapkan.



lastly... saya nak awak tau,
awak tak boleh bersedih sedih. awak tak boleh terlalu tensen. sebab awak kuat. awak tabah. awak kental. awak satu dalam berjuta. lagipun saya juga kenal sayang saya (':




November 28, 2010

aslyn.



aslyn - that's when i love you.
"nothing you do can change my mind. the more i learn, the more i love.
&& i love you no matter what"



lagu ni fain tujukan ke aul. sweet sangattt~ && the lyrics are quite fascinating. It's like, how you overlook a persons flaws because you are deeply madly in love. teehee. enjoyy < 3


November 27, 2010

insyaAllah.



there will always be something good in every day insyaAllah (':
thinking of what i have been through today.. we can only plan, tapi Allah tetap menentukan segalanya. kaki mak makin bengkak, dua jari dia da nampak macam teggelam & gelap.. ingatkan hari ni datang lagi, boleh la jumpa pakar etc etc. tapi... dia cuma bagi surat, suruh datang hari isnin nanti. pegi klinik pakar, & minta tarikh untuk buat appointment untuk kaki bengkak mak. & lebih mengharukan. tarikh tu maybe 3 4 bulan dari sekarang. 3 4 BULAN? apa da jadi agaknya eh kat kaki mak aku tu? bukannya baru sekali kitorang pegi jumpa doktor. sekali da pegi klinik kesihatan, & da dua kali ke hospital. same thing; tengok tengok, kasi antibiotik.



bukan tak pegi langsung. bukan tak minta tolong refer ke mana mana. aku tau penyakit mak aku dikategorikan biasa biasa; means bukan sakit nak mati da pun. tapi tolonglaaaa, da 3 kali bekal antibiotik, da habis da pun still tak elok elok, ape maksudnya? bukan je tak elok, da makin bengkak nampaknya. aritu jari dia elok, ni da macam terpelosok masuk ke dalam. hishh. tak sanggup tak sanggup.




~Kau lebih mengetahui lelah hatiku.
segala kepayahan ada kesenangan. setiap penyakit ada penawarnya.
aku percaya janjiMu.
.~.~.
hanya mampu berdoa sebanyak mungkin.
moga Allah sembuhkan bengkak mak.
moga mak sehat segar budar cerdas segala.
korang.. tolong doakan sekali eh? thankiess (':






November 22, 2010

#4


korek korek dalam tumblr orang,
terjumpa pula kata kata yang super berhikmah ni. opp, tiada kaitan dengan yang hidup, tak hidup, bukan hidupan dan bukan berkehidupan ye. but nice shot anyways, haha. (:




.

November 20, 2010

cuticuti.


i miss my besties :((
rinduuuu korang korang! +kak mariah, soriii laaaa gambar u tak dop disini. terlepas moment yang bermakna gituuu :p cuti cuti ni mula laaa rasa nak kehulu ke hilir. tapi pemalas + malas nak dengar mak marah marah, lalu mengurungkan diri di rumah hehe. bila najma nak ajak pegi lowyat ntah?? nak pegi UTM??? (--")



ok abaikan. nexttt~






udang celup tepung alaf baru.
hari ni dalam sejarah pabila udang celup tepung (ini chobaan kali kedua) aku berjaya menjadi cekodok udang! yeyyy! (tepok tepok bulat) tahniah kepada diri sendiri sebab walaupun cekodok udang, tapi maseh sedap+best. tahniah juga sebab da asyik kena bebel di dapo sebab buat benda lintang pukang, semua terbuka lepastu tak geti geti nak kemas balik haha. minta ampun minta maap ibuu, lain kali buat lagi (n_n) bahan bahan? google sudeyhh, mesti jumpa yang berkenan di hati kuikui.



p.s -



jutaan terima kaseh (:

November 18, 2010

#3

November 16, 2010

ho ho holiday.


here it comes again :D
holiday telah bermula bagi kanak kanak ribena di iium. selamat bercuti everyone! cuti kali ni macam lebih lama dari biasa. so as for me myself, hang out di rumah saja lah, jaga mak dll. mak bukan sihat sangat semenjak dua ni, kaki dia pun nampak macam bengkak :( tak apa, tu nanti cerita di post lain.



sekarang, cuti bakal dipenuhi dengan aktiviti2 kurang bernas. contoh? tidur, kroh3, zzZ~, makan makan makan, tidur balik? hahaha. fokus jee fokus! dissertation belum ada tajuk. haishh, macam mana ni?? need to work on this. lagiii, nak pergi buat paspot. pun entah bila? lagiii? tu sahaja buat masa ni. lain lain need to brainstorm.



kesempatan ni nak wish laa. buat XOXOS and friends, cuti cuti thesis jangan lupe woii. nanti aku nak sikit idea :p lepastu, selamat habis belajar buat ILANI, semoga kita akan berjumpa lagi insyaAllah. baru sekejap cuma, aku sudah merindui kamu :( kepada FUAD, AZIM && MUSTAQIM, selamat beraya dengan fyp hehe.




dan kepada kamu,
mungkin diri ini tak wish di handphone. tapi..
selamat hari raya aidil adha kamu :]

November 11, 2010

robot.



quadruped walking robot.
ni adelah final year project (fyp) budak budak mechatronic engineering, azim and mus. robot ni sangat comel !! video ni di ambil mase aku tengok dulu, dia baru pandai gerak gerak camtu je. sekarang da pandai goyang goyang badan dia, siap boleh ikut rentak sorry sorry lagu super junior tu (azim&mus, 2010).


eh aku ade cakap tak robot ni sebenarnye kucing? hahahha mule mule aku pun terpikir, kucing ke ni? tak ape, tak nampak macam kucing pun tak pe, janji function kan? hahaha aku xsabar nak tengok hasil dia nanti. mesti sangat sangat comel. kalau tambah suara, lepas tu badan dia buatla comel comel lepas tu boleh gesel gesel dekat orang, mesti superb! (macam da jadi projek aku pulops).


apape pun enjoy la tengok video tu. maapla kalau ade suare suare sengal kedengaran. mereka memang sengalness~ hehe :)

November 10, 2010

merdekaa.


final of the finals.
pagi ni exam last untuk sem pertama tahun keempat pengajianku. wahhh~ 2010 berlalu dengan pantas gila, mengalahkan kelajuan cahaya yang aku belajar selama ni [ok ni tipu]. goodluck kepada semua kanak kanak QS, mari berentap woii! opp kepada yang amek property tu, belum lagi merdeka yekk. sabau3, lepas tu joli katak sebulan, yippieee~




hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang ~ ♬ ♪
:">

November 7, 2010

#2





"when life screws you, screw your faith to Allah and everything will be just fine"
just chill okie? goodluck on your very last paper.
i know you will do just fine
<3



November 5, 2010

# 1.

jangan hairan bila kamu rasa dunia umpama neraka.
kamu sendiri mengaku cinta Dia,
padahal itu hanya pada indahnya kata-kata.

T_______T

bebelan.

rasa nak mendelete.
rasa nak review balik previous posts yang entah hape hape and will delete some of them. after many things happened, i think that some of the posts macam tak wajar untuk berada disini lagi walaupun kalau ikutkan, tu hak aku la nak tulis apape pun.


tak kisahlah, cuma tak suka just in case ada stalker yang termasuk dalam blog ni & baca the the sort of things & mula buat cerita sendiri.. we never know. kan?



whatever it is, itu hanya mungkin berlaku bila aku ada mase. la ni, memang tak ada masa lagi. one more paper to go, and few assignments need to submit before cuti panjang. harap sangat dapat taaruf, i want to be active and productive again (:


til then.