March 3, 2010

.penat.

aku letih. sangat letih
badan letih. otak letih. emosi letih. telinga letih. hati letih. segala gala letih. teringin jauh dari hiruk pikuk diri ini. kenapa aku begitu bercampur baur semenjak dua? aku bukan seorang begini. sangat bukan. so not me. emosi aku begitu upside down. tiada riang tawa seperti selalu. hati aku sering memberontak. apa yang aku berontakkan, aku pun tak mengerti. aku cuma mahu keluar dari kelompok hidup aku sekarang. aku mahu bebas. aku mahu terbang tinggi, dan lari dari perasaan sempit ini. tolong!

argg! aku mahu kembali ke aku yang sedia kala. aku sangat cheerful. aku kadang hyperactive. kadang tak senonoh. kadang cuma senyum simpul bila blur. aduhh. mana aku yang itu? rasanya beberapa minggu lepas baru sahaja aku berjumpa gadis itu. kenapa begitu cepat berubah tingkah laku? janganlah begini... aku rimas dengan diri sendiri! rimas dengan semua orang!

No comments: