March 2, 2010

.amarah.

apa yang kau rasa bila kau itu aku
beruntunglah orang yang pandai menyalurkan amarahnya ke bentuk yang lebih sempurna. tidak seperti aku, semakin hari rasanya aku menjadi semakin pemarah. aku tidak lagi seorang manusia cool, yang tidak menunjukkan kemarahanku. itu bukan lagi aku. aku tidak mampu menyimpan kemarahanku lama lama lagi. terasa darah naik ke muka dan menunggu masa untuk explode. rasa mahu menengking seseorang, memaki hamun sepuas hati.

sehari terasa seperti semua orang itu menjengkelkan. lawak kau tidak lawak langsung, tapi kenapa kau memandang aku seperti meminta simpati supaya aku bergelak sama. kau sudah nampak aku memang masam sehari hari. aku cuma mampu tersenyum kambing. asal kau tidak ganggu aku sudahlah. aku sendiri tidak mahu meletuskan badmood aku pada kau hari ini. nanti aku yang menyesal.

kadang kadang aku terasa seperti ada satu penyakit hati apabila segala rasa aku pendam sendiri. aku menjadi lebih mudah suspicious, lebih kurang keyakinan diri, serasa segala yang aku lakukan tidak kena, marah tidak bertempat. tapi aku masih tahu bersyukur dan aku cuma mampu berdoa agar aku tidak mengalami tekanan mental dikemudian hari.

hari ini sangat letih.
letih dari segi emosi aku.

No comments: