March 7, 2010

.thanx.


and i have to start all over again, but big thanks to you!
it is very painful when someone you love left you. totally miserable and i bet no one would ever have a thought on that, including myself. sakit sangat rasanya. ya, memang sakit. tapi dalam kesedihan, dalam kegelapan di dunia sendiri, aku seakan melihat cahaya sedikit demi sedikit menyinar. semakin lama semakin terang. dan itulah cahaya dari Allah, keluarga dan kawan2 aku. itulah cahaya yang aku mungkin sudah melihat, tapi tidak mahu menafsir. tidak mahu berhenti sejenak dan berfikir. aku kembali di bawah. kembali ke luar zon selesa aku. tapi itu bukan bermakna aku keseorangan. dan aku tau itu apabila aku dengan mereka. aku tau Dia sentiasa sudi. dan aku tau mereka sentiasa ada. :)

aku harus mulakan semula segala yang sudah terurai. diriku hari ini penentu hariku esok esok. aku berterima kasih kepadaMu memberikan aku kekuatan dan kegembiraan sehingga hari ini. nikmat dan rezeki dariMu terlalu banyak, sedangkan aku hambaMu yang tidak cuba untuk bersyukur walau sedikitpun. ampunilah aku.. ampunilah aku.

aku mengucapkan terima kasih kerana kegembiraan yang Kau berikan melalui mereka. peritnya satu yang diambil, Kau gantikan dengan beramai2 lagi. kala aku kesedihan, Kau datangkan mereka untuk menghiburkan aku. Kau gerakkan hati mereka untuk terus berhubung denganku agar aku kembali tenang menjalani hidupku. Kau datangkan ujian lain kepadaku agar aku melupakan kepahitan yang aku rasa ketika itu. Kau sibukkan masa sehari hari ku supaya aku tidak terus menjadi aku yang sebulan itu. terima kasih Allah, aku sangat berterima kasih. walau aku ini hina, Kau tetap menyayangi aku. ampunilah aku.. ampunilah aku.

kepada kawan2ku di gambar ini, kamu tahu apa yang membuatku nampak lebih gembira? kerana berjumpa kamu. aku tak pernah rasa tersisih walau lama manapun aku tak berjumpa kamu. kerana kamu tetap kamu, dan kamu tetap terima aku kerana aku. goodluck praktikal kamu, semoga selamat semuanya insyaAllah :)

No comments: