dan bila kita mula terlupakan siapa kita sebenarnya
dan sebenarnya aku masih mengingati kenangan masa lalu ku. saat saat masih di persekolahan, ketika di matrikulasi, sehingga kini, saat suka duka bersama sahabat2 baikku. dari dulu sehingga kini, mereka sering membuat aku ingat bahawa aku sentiasa mempunyai tempat untuk bergantung harap dari banyak perspektif. sahabat sahabatku memang ramai, dan biasanya kawan kawan aku mempertikaikan apa gunanya sahabat yang sebegitu ramai. adakah mereka akan sentiasa menolong ketika aku kesusahan? adakah mereka akan sentiasa disitu? adakah mereka berbaloi dibuat sahabat yang pentingnya?
kawan, aku sentiasa belajar sesuatu yang baru tentang erti persahabatan dari setiap seorang sahabat sahabatku. aku sentiasa berusaha dan cuba berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang lebih baik. kerana aku tahu, aku sentiasa memerlukan mereka untuk menjalani hidupku. mereka membuatkan aku kembali berpijak di bumi yang nyata setiap kali aku mula terbang melayang. ujian demi ujian membuatkan aku semakin mengenali perbezaan kawan dan sahabat. dan teman. aku mahu menjadi yang lebih baik bukan sahaja untukku, tapi juga untuk orang2 yang aku sayangi.
aku mula merasakan aku sudah mula melupakan siapa aku ketika dulu. aku sangat berharap aku tidak berubah dari segi perangai aku, dari segi keletah aku. mungkin personaliti sudah berbeza kerana manusia amnya berubah mengikut usia, cuma aku mengharapkan dalam diri aku masih aku yang dahulu, yang mereka pernah kenal suatu ketika dahulu, yang mana membuatkan mereka sudi berkawan denganku seterusnya menjadi sahabat2ku. atau sekurang kurangnya, sisa2 diri aku yang dahulu.
tapi setiap kali aku bertemu sahabat2ku, aku tahu aku tidak perlu berpura pura menjadi aku yang dahulu. kerana mereka sentiasa berbesar hati menerima aku apa adanya, menerima perubahan aku, menerima banyak kekurangan aku, sentiasa cuba membantu walau sekecil mana pun masalah aku. aku bukanlah buta untuk tidak mampu menilai kebaikan, cuma mungkin aku masih terlalu ego dengan sahabat sendiri untuk mengucapkan "terima kasih" atas kesudian mereka bersama aku saat susah dan senang.
terima kasih sahabat kerana aku tidak perlu berpura.
terima kasih sahabat kerana aku tidak perlu bersuara.
terima kasih sahabat kerana membiarkan aku menjadi aku. :)

No comments:
Post a Comment