apabila chace crawfordku bukan lagi milikku
hari ini genap 100 hari bersamaan 3 bulan 1 minggu 3 hari aku kehilangan cinta hatiku. 99 hari yang telah aku lalui tidak mungkin orang lain boleh memahami. terlalu payah, terlalu penuh dengan perasaan yang bercampur campur. TERLALU SAKIT pada 33 hari yang pertama. namun aku tahu Allah menyayangi aku, diadakan ujian hebat hanya supaya aku kembali lebih dekat denganNya. tidak mungkin Dia sengaja mahu mendera aku, menguji aku sedemikian rupa hanya kerana Dia mahu. Allah maha menyayangi. maha mengetahui. aku tahu Dia mahu aku dekat denganNya, tidak mahu aku lalai terleka dengan dunia semata. dan aku kembali tersedar, betapa hinanya aku andai aku menyalahkan takdir yang telah ditetapkan. aku yang mungkin bersalah dalam hal ini, aku yang menyebabkan dia tidak boleh bernafas dalam dunianya. maafkan aku.
aku tidak menyalahkan dia atas keputusan itu. tapi... entahlah. hari itu sudah lama berlalu, apapun sebab nya, kami tetap telah mengambil jalan masing masing. aku akur dengan keputusan dia, dan aku tak sanggup menyakiti dia lagi dengan terus merayu. aku undurkan diri bukan kerana aku tidak lagi mencintai, malah aku berani bersumpah dihatiku masih sarat dengan rasa cinta itu. dia pernah mengatakan jangan sekali kali memaksa, kelak keikhlasan tiada lagi dalam hatinya. dan demi melihat dia bahagia, aku menghilang dari pandangannya. menghilangkan khabar tentangku dari cuping telinganya. menyepikan diri dari telefon bimbitnya. aku tetap melihat perkembangan dia, tapi hanya dari kejauhan. kerana aku tidak mahu dia bersedih jika melihat keadaanku. kerana kebahagiaan dia adalah kebahagiaanku. :')
kepada yang berkenaan, cukup cukuplah pelbagai spekulasi yang kamu putarbelitkan kepada teman temanku. benar teman temanku tidak mengetahui, benar teman temanku terkejut semuanya. untuk apakah kamu menyesakkan lagi diriku dengan persoalan. kamu sudah mengetahui faktanya bukan? itu sudah cukup, jangan menambah cerita yang akhirnya aku tergelak sendiri.
aku cuma mahu tenang.
aku cuma mahu bahagia.
doakanlah aku, itu yang sebenarnya.
terima kasih.

2 comments:
(pehal aku nk nagis smbil nk komen ni?)
haha
jee.believe apa yang ikhlas tu.tuhan xpenah persia kan.walau lambat atau cepat,tuhan akan bagi jalan.sabar.
:)
(tak kira skg ni kau da normal atau belum dr rasa ni aku tetap jugak nk komen) haha
hehe ras,
hidup tak pernah mudahkan?
sabauu jela (:
Post a Comment