June 24, 2010

taggy&&award.


ini adalah tag yang pertama! terima kasih kekanda ku ^^


agak lama aku tidak meng-uptodate blog ini. macam macam hal yang sudah terjadi dalam hidup. tidak mengapalah, akanku berkata kata pabila aku tidak mempunyai sifat yang satu itu lagi : malas. tag ini dari kakandaku mariah fadhilah. sudah agak lama, maafkan ku kak mariah. ku pasti dikau mengetahui rentetan hidupku yang kacau bilau sejak 2 minggu lalu. tapi terima kasih tag aku, i loike! let the questions begin~


1. Adakah anda rasa anda hot?
aku bukan rasa. aku tahu aku memang hot. ada masalah? haha


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.






3. Ceritakan pasal wallpaper tersebut.
tentunya bukan personaliti sebenar aku. ini pc kepunyaan abangku, jadi tibai sahajalah.


4. Bila kali terakhir kau makan pizza?
bulan lepas.


5. Lagu paling latest kau dengar?
riding solo.


6. Apa yang kau buat selain menyelesaikan tag ini.
buka facebook, formspring, yahoo, dan lain lain.


7. Selain nama sendiri dipanggil nama apa?
jee, jeenox, jaiho, wei kau.


8. Tag lagi 8 orang.
err. tak ada siapa aku boleh tag. tapi tidak mengapalah, aku listkan orang2 yang kebetulan tengah hot dalam ingatan haha!

1. kak mariah 2. lea 3. najma 4. myrah 5. tuyux 6. farah 7. kak timah 8. abang new york chicken? keh3


9. Siapakah orang no.1 pada anda?
seorang akak yang penyayang.. hikhik


10. Katakan sesuatu pada orang no.5
tuyux get well very very well! happy belated birthday! :D


11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
abanggggg.. abanggggg..! haha


12. Bagaimana pula dengan no.4?
abe addz.


13. Pesanan pada orang no 6.
take care selalu! you know i will always love you :)

14. Kata-kata cinta untuk orang no.2
alamak i cannot. nanti girlfie dia marah.


15. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
sensitif. kuat merajuk. yet penyayang, ceria and happy go lucky. kan? ^^


16. Gay or Les
apa tiba tiba keluar soalan ni? i am straight :)


17. Perasaan anda semasa menjawab tag ni.
blur dan samar samar.


dan tag sudah pun berakhir. aku dapat juga award blog dari kakanda mariah fadhilah. terharu sunguhku terharu kerana aku bukanlah penulis blog tegar. aku hanya meluangkan masa yang amat sedikit. diari ku pun sudah malasku tulis. biarlah semua terkubur, aku tidak mahu mengingati yang tidak baik, dan menyimpan yang manis dan bahagia semata agar aku lebih positif. yeahhh!





kakanda mariah, hutang sudah terlunas ea. kalau ada tag lagi, bawa bawa lah tag diri yang serba humble ini. kerana ku tahu kau akan. hehe sekian :)

May 7, 2010

.sentiasa.


sayangnya aku pada kalian. tidak pernah runtuh
aku mencari peluang untuk menyatakan betapa aku menyayangi kalian. betapa aku mencintai kalian apa adanya. dengan kalian aku bersama sama menempuhi usiaku, menaruh segenap impian bersama dalam menyusuri titian susah dan senang. aku tahu kalian tidak mungkin akan bersama aku sepanjang masa suka dan duka ku, namun jauh di sudut hati aku ini, aku dapat merasakan kehadiran kalian disisiku.

sungguh aku maksudkan kata kata ku ini. ketika aku disaat terbaik, ketika aku disaat aku bukan aku, ketika aku menyumpahi diri sendiri, kalian tidak pernah pandang serong padaku. malah semangat yang aku terima, melebihi yang aku mahu. menerima aku apa adanya, menegur dan menasihati supaya aku menjadi lebih aku, adalah perkara yang sangat sangat aku hargai dan tidak mungkin aku lupa.

katakanlah apa sahaja, mungkin aku gila, aku tidak berakal. tapi sumpah, aku memang sayang kalian. semoga Allah mengizinkan aku untuk mengingati kalian seumur hidupku, kerana nama kalian terpahat utuh di suatu sudut dalam hati dan mindaku. semoga ukhwah kita tidak akan terputus. semoga kita tetap kita insyaAllah :')




this post dedicates to the people i love:
my bestfriends.


my primary school bestfriends
azwin, rabi, farhanah isa

se7en

fie.felly.sya.jill.nadz.sheera


bomBz
sonn.lea.najma.syue.ajad.lyn.meera.ika.fara.cikyah
epa, dee, nisa ged, pyan

matriculation

kakdzu.inas.atul.fuza
syuk, ann, smash

x0xos
myrah.tuyux.farah
kaktimah, kak mariah, nabil, fatin, mie, ana, hany
azim, papa, mus, shira, lanie, akram


"i'll never forget how you made me feel"
:):):)

April 3, 2010

korea?


rakan2ku gila korea! OMG!
betul, ini memang berlaku. aku adalah salah seorang not-so-fan of korea and korean. tapi aku melihat jumlah peminat setia artis2 korea semakin berleluasa. aku tiada masalah dengan itu semua, memandangkan aku juga suka melihat dan menonton rancangan korea pada satu2 masa. cuma aku sedikit kejelesan dengan kawan2 aku yang minat gila gila, mereka boleh berkata2 dalam bahasa korea! ohh maaf, aku tak tahu nama bahasa mereka ("--)

sumpah cemburu melihat mereka yang boleh berkomunikasi dalam bahasa korea. aku hanya paham sedikit2 sahaja, tapi aku tentunya mahu lebih dari itu. tapi boleh ke, tanpa menjadi fan korea? haha macam mustahil. tapi aku memang jeles. sunnguh! tak mahulah asyik asyik "saranghaeyo" sahaja.
kan?