September 11, 2010

pasal raya.


hal hal raya.

1. setiap kali aku memikirkan tentang takbir raya, aku jadi sayu gila. kalau makin lama terkenang, boleh menangis dibuatnya. sekarang pun da sebak sikit...


2. di kampung, aku selalu tak tahu nak duduk dengan siapa. dengan golongan orang tua kah, atau dengan golongan boleh-dikira-sebaya. atau golongan kanak kanak kerdil. huu~ entahlah. biasanya aku duduk dengan golongan orang orang tua, ikut sahaja belakang mak. tapi hati aku memberontak, nak duduk bergurau dengan golongan lain. aku memang nak duduk dengan golongan sebaya tapi tak begitu sebaya. tapi hampir kesemua mereka adalah lelaki. walaupun aku sebenarnya tak kisah, tapi yang aku kisahkan apa kata orang lain. abang abang aku mesti nak suruh aku duduk dengan mak aku. im not a kid anymore (--") benda2 remeh macam ni buat aku pening laa. akhirnya? aku duduk dengan budak2. habis cerita.


3. di kampung aku memang pendiam. DIAM GILA! but i can be very talkative if the topic is quite interesting. tapi lepas tu, diam balik.


4. percaya tak kalau aku cakap aku sebenarnya sangat sangat suka orang datang beraya di rumah? dan aku sangat suka pergi beraya rumah orang? suka gila gila! bukan kerana duit raya semata, tapi memang lumrah aku suka pergi rumah orang. padahal sejak kecil lagi mak aku semacam mengajar aku untuk tidak suka ke rumah orang, duduk dalam bilik bila tetamu datang dan lain lain. tapi semakin aku besar, aku lagi suka berkunjung ke rumah orang. aku juga suka kalau orang datang rumah aku. budak budak datang beraya rasa macam nak jemput je semua masuk. tapi memandangkan mak aku seolah xmerelakan, aku diamkan sahaja. huuu sadisnyaaa~


5. setiap tahun bila raya kedua aku dah ade di rumah da. bolehlah nak ajak aku pergi raya rumah siapa siapa :)







sekian.

September 9, 2010

raya 2o1o.

it's been a while since last i updated this blog. huaaa lame suda. kesian bersawang sawang. maybe aku bukan blogger tegar. aku hanyalah insan yang orang cakap.. "dia ada aku pun nak ada juga". hoho tak mengapa, cuma kali ini aku nak blog ni beraya sempena tahun 2o1o :D


salam eidul fitr
kepada semua sanak saudara rakan dan taulan. semoga kemenangan di bulan syawal membawa barakah dalam kehidupan seharian kita di hari esok. saling maaf memaafkan, saling doa mendoakan, saling ziarah menziarahi. hari lain bz kan, ni je la masanya :) salah dan silap harap dimaafkan, kot2 ada terkasar bahasa, tersilap bicara, mengguris jiwa terngumpat tak sengaja etc etc.

gambar diatas diambil di one utama, semasa acara bershopping raya bersama teman teman baru baru ni. peace to myself, im so proud :p

dan kemungkinan,
aku terasa ingin mengubah cara penulisanku. terlalu formal bukanlah caraku. xbesttt! huu tengoklah apa kemungkinannya. dan aku mempunyai idea untuk membuat cerpen pendek ikut suka hati aku. tengoklah apa akan terjadi di masa hadapan. kot2 aku malas ke terajin lebih ke. hehe


salam lebaran buat semua!

June 24, 2010

taggy&&award.


ini adalah tag yang pertama! terima kasih kekanda ku ^^


agak lama aku tidak meng-uptodate blog ini. macam macam hal yang sudah terjadi dalam hidup. tidak mengapalah, akanku berkata kata pabila aku tidak mempunyai sifat yang satu itu lagi : malas. tag ini dari kakandaku mariah fadhilah. sudah agak lama, maafkan ku kak mariah. ku pasti dikau mengetahui rentetan hidupku yang kacau bilau sejak 2 minggu lalu. tapi terima kasih tag aku, i loike! let the questions begin~


1. Adakah anda rasa anda hot?
aku bukan rasa. aku tahu aku memang hot. ada masalah? haha


2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.






3. Ceritakan pasal wallpaper tersebut.
tentunya bukan personaliti sebenar aku. ini pc kepunyaan abangku, jadi tibai sahajalah.


4. Bila kali terakhir kau makan pizza?
bulan lepas.


5. Lagu paling latest kau dengar?
riding solo.


6. Apa yang kau buat selain menyelesaikan tag ini.
buka facebook, formspring, yahoo, dan lain lain.


7. Selain nama sendiri dipanggil nama apa?
jee, jeenox, jaiho, wei kau.


8. Tag lagi 8 orang.
err. tak ada siapa aku boleh tag. tapi tidak mengapalah, aku listkan orang2 yang kebetulan tengah hot dalam ingatan haha!

1. kak mariah 2. lea 3. najma 4. myrah 5. tuyux 6. farah 7. kak timah 8. abang new york chicken? keh3


9. Siapakah orang no.1 pada anda?
seorang akak yang penyayang.. hikhik


10. Katakan sesuatu pada orang no.5
tuyux get well very very well! happy belated birthday! :D


11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
abanggggg.. abanggggg..! haha


12. Bagaimana pula dengan no.4?
abe addz.


13. Pesanan pada orang no 6.
take care selalu! you know i will always love you :)

14. Kata-kata cinta untuk orang no.2
alamak i cannot. nanti girlfie dia marah.


15. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
sensitif. kuat merajuk. yet penyayang, ceria and happy go lucky. kan? ^^


16. Gay or Les
apa tiba tiba keluar soalan ni? i am straight :)


17. Perasaan anda semasa menjawab tag ni.
blur dan samar samar.


dan tag sudah pun berakhir. aku dapat juga award blog dari kakanda mariah fadhilah. terharu sunguhku terharu kerana aku bukanlah penulis blog tegar. aku hanya meluangkan masa yang amat sedikit. diari ku pun sudah malasku tulis. biarlah semua terkubur, aku tidak mahu mengingati yang tidak baik, dan menyimpan yang manis dan bahagia semata agar aku lebih positif. yeahhh!





kakanda mariah, hutang sudah terlunas ea. kalau ada tag lagi, bawa bawa lah tag diri yang serba humble ini. kerana ku tahu kau akan. hehe sekian :)